Sunday, November 1, 2009

Kelantan Berjaya Ke Final TM Piala Malaysia


Kelantan Tempa Sejarah

Oleh BAZLI ABDUL RAHMAN dan IRMAN mailto:HASHIMsukan@utusan.com.my


PEMAIN Perlis, Mohd. Syazwan Zainol (kanan) dihalang pemain Kelantan, Mohd. Farisham Ismail pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri, Kangar semalam. – MINGGUAN/Faizal Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Kelantan menempa sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 39 tahun apabila menewaskan Perlis 3-1 di separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.
Selepas mencatat kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri, Selasa lalu, Kelantan tidak bermain secara bertahan sebaliknya tenang sepanjang perlawanan untuk mara menerusi agregat 5-1.
Mohd. Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan semalam apabila melakukan hatrik di Kangar menerusi jaringan pada minit ke-26, 53 dan 87.
Perlis yang bermain agak tertekan dan kelihatan serba tidak menjadi sepanjang perlawanan memperoleh gol saguhati menerusi Mohd. Firdaus Fauzi pada minit ke-70.
Jurulatih Kelantan, B. Sathiananthan berkata, kejayaan pasukannya adalah kerana berjaya melakukan serangan balas pantas.
“Seperti dijangka, kami sedar Perlis akan mengasak tetapi kelebihan kami ialah ketika melakukan serangan balas pantas dan itulah caranya ketiga-tiga gol kami dihasilkan,” katanya.
Jurulatih Perlis, Irfan Bakti pula mengakui Kelantan layak menang walaupun tanpa Indra Putra Mahyuddin yang digantung satu perlawanan.
“Kesilapan kami ialah melepaskan dua gol awal menyebabkan pemain mula tertekan. Jelas Perlis tidak bermain sebaik seperti di Kota Bharu,” tegasnya.
Kali terakhir Kelantan mara ke final ialah pada 1970 tetapi tewas kepada Perak.
Lawan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 7 November ini adalah Negeri Sembilan yang menewaskan Terengganu 3-1 dalam satu lagi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan mara menerusi agregat 4-1 selepas menang 1-0 di tempat sendiri, Selasa lalu.
Gol-gol Negeri Sembilan di Kuala Terengganu semalam dijaringkan Zaquan Adha Razak (m-10, 18) dan Hairuddin Omar (m-45).
Manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan Khairul Izwan Khalid pada minit ke-35.
Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, gol awal yang diperoleh menjadi faktor utama kejayaan pasukannya.
“Kelebihan kami kerana menjaringkan gol awal dan itu memberi keyakinan kepada pemain untuk mengharungi perlawanan dengan baik,” katanya.
Bagi jurulatih Terengganu, Ken Worden, Negeri Sembilan memang berhak menang kerana bermain lebih baik.
“Di pihak kami, ketiadaan ketua pasukan, Marzuki Yusof yang digantung satu perlawanan mencacatkan kekuatan keseluruhan kami yang terpaksa mengharapkan kepada pemain muda,” tegasnya.

Kelantan Melangkah Bergaya Ke Final Piala Malaysia

Penantian 40 Tahun Kelantan Ke Final Jadi Kenyataan

KANGAR, 1 Nov (Bernama)-- Penantian 40 tahun pasukan Kelantan untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia akhirnya menjadi kenyataan apabila skuad itu berjaya menewaskan Perlis 3-1 di separuh akhir kedua yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam Sabtu.
Kelantan sebelum ini mencatat kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri, Selasa lalu, untuk ke final Piala Malaysia dengan agregat kemenangan 5-1.
Jaringan hatrik, Mohd. Norfarhan Mohamad pada minit ke-26, 53 dan 87 menjulang skuad Kelantan dan memusnahkan harapan kebangkitan skuad Singa Utara untuk melangkah ke perlawanan akhir yang sekadar memperolehi gol tunggal perlawanan menerusi Mohd Firdaus Faudzi pada minit ke 69.
Skuad 'Red Warriors' kini selangkah sahaja lagi untuk melakar sejarah baru di bawah bimbingan bekas jurulatih kebangsaan B Sathiananthan selepas kali terakhir beraksi di perlawanan akhir Piala Malaysia ialah 39 tahun lepas, ketika itu tewas kepada pasukan Perak 0-1 di Stadium Merdeka pada tahun 1970.
Mohd. Norfarhan yang ditemui berkata beliau bersyukur dengan kejayaan yang ditempah pasukannya itu dan tidak menyangka akan menjaringkan gol hatrik."Saya bermain dengan penuh bersemangat untuk berjuang habis-habisan dan menggunakan peluang yang ada untuk mencari gol sebanyak mungkin dalam memastikan kemenangan milik Kelantan."Alhamdulillah dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan sepasukan juga, impian Kelantan untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir menjadi realiti," katanya.
Harapannya kini mahu beraksi sebaik mungkin untuk membantu pasukan menamatkan penantian hampir 40 tahun skuad Kelantan untuk menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir nanti menentang Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata ini adalah peluang terbaik untuk pasukannya setelah 40 tahun mengintai peluang ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan beliau akan memastikan Piala berprestij itu akan dibawa pulang ke Kelantan."Tahun ini juga adalah tahun pertama kita menjejakkan kaki ke perlawanan Liga Super dan kejayaan yang ditunjukkan skuad Kijang adalah kerana jurulatih, pemain dan pihak pengurusan yang sentiasa memberikan kerjasama terbaik selain para penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu," katanya.
Beliau turut menasihatkan penyokong-penyokong fanatik Kelantan yang ghairah dengan kejayaan pasukan kesayangan mereka agar mematuhi undang-undang dan tidak membawa sebarang objek terlarang termasuk mercun dan bunga api pada perlawanan akhir kelak."Saya berharap pada perlawanan akhir di Bukit Jalil 7 November ini tidak akan tercemar dengan bahan api itu dan kawalan ke atas bahan api itu dapat dilakukan dengan sebaik mungkin," katanya.-- BERNAMA

Hot FM Nombor Satu

Setelah 3 tahun, Hot FM berjaya meraih tahta stesen radio nombor satu negara dengan hampir 4 juta pendengar menurut laporan terbaru AC Nielsen.

Tanda Sejahtera

Tanda sejahtera itu adalah tidak rakus dunia, semangat kepada ibadah, kurang bicara, jaga solat, bersahabat dengan solihin, menjauhkan yang haram, pemurah, insani, berguna dan sering ingat pada mati.

Pemurah Sentiasa

Berilah kepada yang meminta dan jangan ditanya apa tujuan permintaannya, sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga, juga sebaliknya.

Jangan Malu Meminta

Jangan merasa malu untuk meminta kepada Allah sentiasa kerana kita adalah hamba yang lemah serta banyak kekurangan dan kelemahan.

Wednesday, October 28, 2009

Maya Karin dalam Natrah

Maya Karin kini mengetuai barisan pelakon teater Natrah setelah Diana Danielle mengundurkan diri. Natrah dipanggungkan dari 30 November hingga 9 Disember.

Insan

Yakini kamu dengan hatimu, kerjakan ibadat pada waktunya, basahkan lidah dengan zikrullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan, itulah titik mula sebagai insan.

Tuesday, October 27, 2009

Menghitung Hari Pengadilan

Jika hari ini hari terakhir bagi 2009, pernahkah kita menghitung amal kebaikan & keburukan kita? Andai ajal menziarahi kita esok hari, sudahkah kita bersedia?

Jehan Mengorat Scha

Jehan Miskin sanggup melakukan apa saja untuk rapat dengan aktres Scha Al-Yahya. Akan tetapi, ia hanya sebahagian dalam skrip dalam drama Awan Dania.

Iman dan Marah

Salah satu contoh orang yang kuat imannya adalah ia dapat menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan orang lain.

Pelakon Nur Kasih Bernikah

Aktres drama popular Nur Kasih, Sharifah Sofea, dijangka bernikah hujung bulan ini dengan seorang ahli perniagaan berumur 30 tahun di Kuala Lumpur.

Marah, Kaldai, Syaitan.

Siapa yang tidak marah pada masa sepatutnya dia marah itu kaldai & siapa yang tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika dia mampu untuk itu, dia adalah syaitan.

Hakikat & Syariat

Hakikat pada sesuatu perkara syariat itu adalah dengan bukti dan sebab. Itu menandakan kualiti iman seseorang pada syariat dan hakikatnya.

Golongan Yang Dibenci Allah S.W.T.

Di antara golongan orang yang dibenci Allah ialah orang yang sudah tua tetapi masih sibuk berzina, orang miskin yang sombong dan hartawan yang zalim.

Rumahtangga Ida Nerina

Rumahtangga Ida Nerina retak setelah suaminya Shaarin melafazkan cerai pada hari raya ke-2 yang lepas. Perkahwinan mereka hanya bertahan 3 tahun.

Orang Busuk Hati

Orang yang busuk hatinya adalah orang yang sering memandang kelemahan & berprasangka buruk terhadap teman/sahabatnya tanpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan.

Kesalahan & Kemungkaran

Sesuatu kesalahan & kemungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan.

Fahrin Dalam Sehati Berdansa

Walaupun hubungan Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya kini telah berakhir, mereka tetap digandingkan dalam musim terbaru Sehati Berdansa.

Kurma Elak Lapar

Kata orang-orang alim, barang siapa mengamalkan memakan buah tamar/kurma setiap hari walaupun sebiji, nescaya dia tidak akan berasa lapar.

Sharifah Sofea Temu Jodoh

Pelakon drama Nur Kasih, Sharifah Sofea, telah selamat diijabkabulkan dengan usahawan muda, Syed Ismail, 18 Oktober lepas di Masjid Wilayah, KL.

Ulamak Takutkan Allah S.W.T.

Kata orang arifbillah, di antara sifat pada seorang ulamak, dia amat takut kepada Allah S.W.T., walaupun nyawanya jadi taruhan.

Al-Quran Panduan Hidup

Al-Quran itu merupakan manual dan panduan kehidupan. Mengamalkannya dengan betul, akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus.

Kefahaman Al-Quran

Kefahaman Al-Quran datang dari jiwa yang tulus dan hati yang ikhlas. Syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugerah bagi ketenangan.

Konsert Beyonce

Konsert Beyonce di Kuala Lumpur telah ditangguhkan oleh penyanyi terkenal tersebut. Tiada tarikh baru diberikan oleh pihak pengurusan beliau.

Istiqhlas

Istiqhlas ialah sesuatu kebajikan yang sering dibuat tanpa mengharap balasan makhluk, sebaliknya mengharapkan keredhaan Allah S.W.T sebagai tanda syukur.

Syukur, Kufur & Kafir

Sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur, taat, redha & ikhlas. Tanpa tanda-tanda tersebut, jelaslah ia kufur & kufur itu lebih hina dari kafir.

Sunday, October 11, 2009

Zikir, Tasbih, Solat dan Al-Quran

Zikir itu hubungan dengan Tuhan, Tasbih itu puji-pujian kepada Tuhan, Solat itu tanda syukur sebagai hamba Tuhan dan Al-Quran itu adalah pengamalan kehidupan yang diredhai Tuhan.

Amy ke Teater

Amy Mastura kembali ke dunia teater melalui muzikal Gamat arahan Zaifri Zain. Ia akan dipentaskan dari 4 hingga 10 Oktober di Istana Budaya.

Bertemu Tuhan

Syarat untuk bertemu dengan Tuhan adalah dengan mati, samada mati dengan ajal ataupun mati sebelum ajal tapi tentunya tidak dengan mati akal.

Dakwah lelaki dan wanita

Dalil dakwah bagi wanita adalah dengan keindahan rumahtangga yang dijaga dengan amanah suaminya. Dalil dakwah bagi lelaki adalah keharmonian hidup tanpa maksiat dikelilingnya.

Miskin & Sabar

Bila kita diuji dengan kemiskinan, kita mampu untuk bersabar tetapi apabila kita diuji dengan kesenangan, kita mudah lupa diri dan alpa. Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan.

Ekuin & Artis

Atlet ekuin kebangsaan, Qabil Ambak, menafikan bahawa dia akan berkahwin dengan Fasha Sandha. Beliau menegaskan yang hubungan mereka telah berakhir.

Sebaik-baik Amalan

Sebaik-baik iman adalah amal, sebaik-baik amal adalah insan, sebaik-baik insan adalah yang pemurah, semurah-murah sedekah adalah senyuman, sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa. TQ.

Wednesday, October 7, 2009

Filem & SMS

Filem terbaru Raja Azmi guna undian SMS untuk menentukan kedua pelakon utama. Pemenang-pemenang adalah Wan Raja dan Arja Lee yang membawa watak Ghaus & Ruby.

Belanja Demi Allah

Kita sering berbelanja demi memuaskan hawa nafsu tetapi amat berkira berbelanja demi kesuburan iman sebagai tanda syukur untuk mendapat keredhaan Tuhan.

Awan Dania 2

Siri Awan Dania 2 dijangka kembali hujung September ini. Scha Al-Yahya kembali sebagai Dania tetapi kali ini bekerja untuk syarikat penerbangan lain.

Kaya Demi Tuhan

Kaya harta benda itu adalah amanah Tuhan bagi pembangunan ummah dan kesejahteraan iman demi pengabdian diri kepada Tuhan.

Sehati Berdansa 3

Sehati Berdansa 3 kembali dengan Fahrin Ahmad & Awal Ashaari sebagai hos. Linda Onn juga diganti oleh pelakon popular, Scha Al-Yahya sebagai hos ke-3.

Kurniaan Tuhan

Kurniaan Tuhan yang dinikmati terbahagi kepada 3 iaitu kepuasan nafsu, keindahan amal dan ketenangan kehidupan, maka perlu bijaksana dalam menerima anugerahNya.

Bentuk Diri

Bajai iman dengan mujahadah kehidupan, didik nafsu dengan berpuasa, asah fikiran dengan fikir mati, bentuk peribadi dengan solat dan bina kalam dengan bertasbih.

Berjalan Kepada Allah

Berjalan kepada Allah ada 4 jenis iaitu fikir pada perjalanan syariat, zikir pada perjalanan tariqat, sabar pada perjalanan hakikat dan syukur pada perjalanan makrifat.

Suami Anita Diserang......

Suami Anita Sarawak, Mahathir, cedera diserang perompak di Taman Melawati, Ampang. Namun dia stabil dan telah mendapat rawatan di hospital.

Kehidupan Memerlukan.......

Hidup perlukan perjuangan, tanpa perjuangan tiada pengorbanan, tanpa pengorbanan tiada kecintaan, tanpa kecintaan musnah segala kehidupan.

Rabbani & Dubai

Kumpulan Rabbani meneruskan perjuangan tanpa Ustaz Asri dan terlibat dengan festival nasyid di Dubai bermula sehari sebelum Syawal sehingga 25 September ini.

Rukun Iman

Sesungguhnya perjalanan rukun iman itu bermula dari bawah iaitu hidup atas Qada' dan Qadar dan diikuti dengan kiamat, kitab, Rasul, Malaikat & akhirnya bertemu Allah.

Kurang Iman Dan Miskin Amal

Tiada guna harta benda, pangkat dan darjat andai jiwa, hati dan perasaan sering dirundung resah dan duka. Itulah dalil kerana iman kita masih kurang dan miskin amal.

Rahsia 25 Rasul

Dalam sejarah 25 para Rasul, tersembunyi kisah kehidupan manusia. Barang siapa membaca kisah itu nescaya fahamlah akan dia apa yang dikatakan penyakit ummat.

MIG & Bonus

Metrowealth International Group (MIG) telah merayai kejayaan filem-filemnya dengan memberi bonus raya kepada pekerja-pekerja termasuk tunai dan sebuah Toyota Camry.

Pengalaman Hidup

Jauh berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman. Perjalanan yang baik adalah perjalanan mengenal Allah kerana pandangan dan pengalaman itu akan menjadi penyuluh kehidupan.

Hukum Allah

Hukum Allah itu banyak hikmahnya. Hanya yang beriman sahaja yang sanggup melaksanakannya. Hukum yang dilaksanakan tanpa kefahaman iman, adalah satu penganiayaan.

Seniman & Bangunan

Tabung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) di Amanah Raya Berhad capai RM800k dan merancang untuk membeli sebuah bangunan sendiri sekitar RM600k.

Iman & Amal

Iman dan Amal adalah bersifat sendiri dan tidak boleh dijual beli mahupun diwariskan kepada anak cucu. Yang boleh diwariskan hanyalah Ilmu dan perjalanan iman itu.

Momok Vs. Jin Notti

Filem komedi seram Momok The Movie kutip RM1 juta sejak ditayangkan dari hari pertama Aidilfitri dan menyaingi filem komedi fantasi Jin Notti.

Agama & Kehidupan

Agama itu suatu kehidupan yang bertitik-tolak daripada keturunan. Islam adalah cara kehidupan bagi membimbing manusia kepada Tuhan dan hari kemudian.

Al-Quran Adalah Panduan

Al-Quran itu adalah panduan hidup. Andai kita menghadapi kemusykilan, rujuklah kepadaNya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf-hurufNya sahaja.

Insan Bijak

Insan yang bijak adalah yang sering mengingati mati, susunan hidup teratur, silaturrahim dijaga, dan amanah terlaksana, tidak lalai dengan keindahan dunia yang sementara.

Umie Bertunang

Umie Aida telah melangsungkan pertunangannya dengan Datuk Khairuddin Abu Hassan baru-baru ini. Dia dijangka mengumumkan tarikh perkahwinannya kelak.

Kejayaan & Rezeki

Kejayaan sesuatu perniagaan dan urusan itu adalah kerana doa dan rezeki yang ditetapkan Allah kepada hambanya dan 90% kekayaan di dunia ini datangnya daripada perniagaan.

Tuesday, October 6, 2009

Wang & Kehidupan

Wang bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tetapi segala-galanya memerlukan wang. Hiduplah dalam Qada' dan Qadar Allah dengan penuh kesyukuran dan keredhaan agar kita tidak tertipu.

Ibu Zizan

Pelakon Zizan Nin kehilangan ibunya baru-baru ini. Jenazah ibunya, Bibi Kalsom Md Sidek dikebumikan di Sg Besar 29 September lepas. Al-Fatihah.

Tuesday, September 15, 2009

Chandra & Album Solo

Chandra Satria, bekas penyanyi latar kepada Kris Dayanti dan Datuk Sheila Majid akhirnya menjadi penyanyi solo dengan pelancaran album Ingatlah Diriku.

ADUN Bagan Pinang

Berita Harian 04/09/09
ADUN Bagan Pinang, Azman Mohammad Noor dari BN meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban akibat sakit jantung, 2.30 petang tadi.

Mariam Di Seoul

Harian Metro 06/09/09
Warga emas, Mariam Johari, 88, yang terkandas di Seoul, Korea Selatan meninggal dunia di Hospital Perbandaran Dong Bu, Seoul, tengah malam tadi.

Lagu Segar 1Malaysia

Lagu ciptaan Audi Mok dan dinyanyikan oleh Faizal Tahir telah memenangi ciptaan lagu terbaik untuk 1Malaysia dan meraih hadiah RM25,000.

Anang & KD

Anang telah menceraikan KD dengan talak tiga. Anang mendakwa perceraian itu dibuat setelah berunding dengan anak-anak dan keluarga.

Andartu Terlampau

Filem Andartu Terlampau...21 Hari Mencari Suami dilanda kontroversi apabila pengarah Din CJ menggandingkan Awie dan Erra Fazira.

Kawan & Cermin

Kawan mencermin kehidupan kita. Berkawanlah dengan mereka yang boleh membimbing dan membawa kita kepada taqwa dan keredhaan Allah.

Taubat

Sebaik-baik muhasabah diri adalah dengan merenung kelemahan, kekurangan dan dosa-dosa lalu dengan penuh istighfar dan bersyukur kerana masih diberi waktu untuk bertaubat.

Zubir & Cat

Kereta wartawan B-Pop Berita Minggu, Zubir, telah disimbah cat merah dan bangkai ayam turut dicampak dirumahnya. Kes masih dalam siasatan.

Niat

Sesuatu niat itu wajib baginya kesempatan waktu dan kukuh dengan pegangan iman yang sabar menghadapi sebarang ujian, gangguan, godaan dan tentangan.

Faedah Puasa

Puasa bertindak menghancurkan sisa-sisa racun/toksik dalam darah manusia dan memberi kesegaran pada otot-otot serta mampu memberi imbangan dalam darah.

Wednesday, September 2, 2009

Korban H1N1 Meningkat

Berita Harian 30 Ogos 2009,
Angka korban akibat H1N1 meningkat kepada 72 apabila mangsa terbaru seorang lelaki 49 tahun didaftarkan mati hari ini.

Terbuka Taiwan 2009

Berita Harian 30 Ogos 2009,
Wong Choong Hann tewas 11-21, 14-21 kepada Nguyen Tien Minh di final badminton Terbuka Taiwan sebentar tadi.

kONGSI kREDIT

Untuk pemindahan kredit,
taip RMnilai 6no.password dan hantar ke 1no.telefon prabayar
Contoh:
RM10 123456 dan hantar ke 10191234567

Natrah Dalam Teater

Teater Natrah arahan Erma Fatima dijangka meletup bila dipentaskan di Istana Budaya 17 November. Ia menceritakan kontroversi Natrah pada tahun 1950an dahulu.

Harga Petrol Naik Lagi

Harian Metro 31 Ogos 2009,
Harga baru petrol berkuat kuasa mulai esok, RON95 dijual pada harga RM1.80 seliter dan RON97 pada harga RM2.05 seliter
Ismail Sabri

Tam Ada Tunang Akhirnya

Setelah menduda 11 tahun, Tam Spider telah melangsungkan majlis pertunangan pada 15 Ogos lepas. Tunang barunya bernama Aida Mustaffa, 28 tahun.

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan 2

Air nyor air kelapa,
Jatuh tumpah kat wayar letrik,
Esok Ramadhan jangan lupa,
Jangan pula buat-buat gastrik.

Selamat menyambut
Ramadhan Al-Mubarak,
Selamat Hari Raya
Aidilfitri,
Maaf zahir batin.
TQ.

Ramadhan 1

Tiada hari seindah Jumaat,
Tiada kata seindah Zikir,
Tiada Ibadah seindah Solat,
Tiada Bulan seindah Ramadhan.

Salam Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Berpuasa,

TQ.

Justin & Jessica

Justin dikatakan tertekan dengan permintaan ibu kandungnya sendiri yang mendesak Justin dan teman wanitanya, Jessica Biel agar segera mempunyai anak.

8 Korban H1N1

Harian Metro, 9 Ogos 2009.

8 lagi korban akibat Influenza A H1N1 disahkan hari ini, menjadikan jumlah kematian kepada 26 di Malaysia.

Kareena 'Vege' Seksi

Kareena Kapoor telah dinobatkan sebagai vegetarian paling seksi pada tahun 2009 serta mempunyai tubuh langsing selain memiliki stamina yang kuat.

Jauhkan Penyakit seperti H1N1

Sila baca 'salamun kaulan min rabbir rahim' ayat dari surah Yassin, sebanyak 26 kali atau setiap masa untuk dijauhkan penyakit, TQ.

Asri Telah Pergi

13 Ogos 2009

Asri (kumpulan Rabbani), meninggal dunia sebab sakit jantung pukul 11 pagi tadi.

Param Meninggal

Berita Harian, 14 Ogos 2009.

Pelawak P Paramasivam atau Param, 55, meninggal dunia kerana sakit jantung di rumahnya di Taman Setia Gombak jam 11 pagi tadi.

Shiloh & Jolie

Shiloh, puteri Angelina Jolie yang berusia 3 tahun mempunyai hobi pelik di mana dia suka menyimpan barang terpakai dan akan menangis jika dilarang.

Choi Menderma

Choi Ji Woo yang berwajah lembut telah menderma sebanyak USD78,500 untuk pelajar-pelajar miskin di Busan yang merupakan kawasan tempat tinggalnya.

Preity & Ness

Preity Zinta mengembara ke Eropah, Amerika Syarikat dan London untuk mencari ketenangan setelah putus cinta dengan bekas kekasihnya, Ness Wadia.

Ella & Canon

Ella bukan sahaja sibuk menyiapkan album baru malah dalam rangka kerja menjayakan showcase bersama Canon Power Shoot usaha sama dengan pihak Canon.

Leo & Model Rusia

Leonardo Dicaprio telah jatuh hati dengan model Rusia dan dilihat cuba sedaya upaya mendekati Anne Vyalitsyna yang memberi respon positif terhadapnya.

Song & Hyun Bin

Song Hye Gyo sedang menjalin cinta dengan aktor Hyun Bin dan mulai rapat setelah mereka bertemu serta berlakon bersama dalam drama Worlds Within.

Tuesday, August 4, 2009

Sandra Single

Sandra Bullock lebih selesa tanpa ada teman di sisi walaupun pernah berpasangan dengan Bob Schneider, pelakon Matthew McConaughey dan Ryan Gosling.

Monday, August 3, 2009

Korban Keenam H1N1

Malaysia catat kematian keenam apabila kanak-kanak lelaki 11 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, pagi ini.
BH 02/08/2009

Hak Anak2

Ibu Michael Jackson terus halang Debbie Rowe merebut hak penjagaan cucunya malah hubungan Janet juga makin dekat semenjak Michael meninggal dunia.

Korban H1N1 Sarawak

Seorang ibu berusia 24 tahun yang baru 2 minggu lahirkan anak sulungnya, meninggal dunia akibat H1N1 pagi ini, korban pertama di Sarawak.
BH 03/08/2009

Wednesday, July 29, 2009

Pattinson & Solek

Setiap kali berlakon, Robert Pattinson akan pastikan perutnya disolek agar tubuh dan wajah nampak sasa serta tampil hebat walaupun tidak berbaju.

Tuesday, July 28, 2009

Dafi & Rumah

Dafi mengaku bahawa sebarang sessi fotografi dilarang dilakukan di rumah kerana itu adalah arahan ayahnya dan berharap semua pihak menghormatinya.

Rasulullah S.A.W. & Bulan Syaaban

Kata Aisyah, jika kami (isteri Nabi) tertinggal puasa Ramadhan, kami tidak dapat menggantinya bersama-sama Nabi S.A.W. sehinggalah datang Bulan Syaaban - Muslim.

Korban Ketiga H1N1

Seorang lelaki berusia 42 tahun meninggal dunia hari ini akibat jangkitan H1N1. Kematian ketiga yang direkodkan di Malaysia (BH 280709).

Korban Kedua H1N1

Korban kedua akibat H1N1 di Malaysia babitkan seorang lelaki 46 tahun meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Subang Jaya, semalam (BH 270709).

Sunday, July 26, 2009

Yasmin Telah Pergi

Pengarah filem dan iklan terkenal, Yasmin Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 23, Subang Jaya, 12.40 tengah hari tadi.

Aizat & Muzik

Aizat terdedah dengan muzik sejak dari kecil dan kini mempunyai 6 buah lagu untuk album baru yang merupakan kerjasama antara dia dan abangnya, Anas.

Friday, July 24, 2009

Budak Medic Bunuh Warga Emas

MOSCOW - Seorang pelajar perubatan yang identitinya dikenali sebagai Tatyana di Novosibirsk, Russia membunuh dua orang wanita tua dengan tujuan untuk mempelajari proses kematian, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut polis, wanita yang berumur 24 tahun itu mengaku melakukan perbuatan tersebut. Dia menggunakan sebilah kapak dan memerhatikan dengan teliti detik-detik terakhir wanita itu meninggal dunia. Mangsa pertamanya ialah seorang jirannya iaitu Olga Stepushenko yang berumur 85 tahun. "Saya mengambil sebilah kapak dan menetak di kepalanya beberapa kali. Apabila dia rebah, saya duduk di sebelahnya dan menunggu sehingga dia menghembuskan nafasnya yang terakhir"kata Tatyana. Empat hari selepas membunuh wanita itu, dia membunuh seorang jiran Stepushenko iaitu Zoya Karpova juga dengan menggunakan kapak. Dia kemudian mengkaji proses pereputan mayat kedua-dua wanita itu. Tatyana ditangkap oleh polis selepas jiran-jirannya memberitahu dia pernah menemui kedua-dua mangsa.
Agensi*KOSMO! Jumaat 24 JULAI 2009.

Dua Pelajar Medic

Dua orang pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar.
Mereka terserempak dengan seorang tua sedang berjalan terkangkang-kangkang.
Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry".
Pelajar B pulak kata "Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki".
Mereka hampir bergaduh pasal hal ni.
Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?".
Pelajar B pun setuju.
Mereka pun menghampiri orang tua itu.
Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?
Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?
Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.
Orang Tua: Emm... bukan.
Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.
Orang Tua: ... pun bukan.
Pelajar A: Habis tu?
Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi...
tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang.

Kerja Kosong R.O & R.A

JAWATAN KOSONG!!!! R.O. & R.A.

* Pegawai Penyelidik/Research Officer
- Lelaki /Perempuan
- Sarjana atau Sarjana Muda
- Minat bekerja luar
- Sepenuh masa

*Pembantu Penyelidik/Research Assistant
- Lelaki/Perempuan
- Sarjana Muda/Diploma
- Minat bekerja luar
- Sepenuh masa

*Pembantu Projek/Project Assistant
- Lelaki/Perempuan
- SPM
- Minat bekerja luar
- Sepenuh masa

* Jawatan adalah untuk pelbagai kaum.
* Pemohon yang mempunyai kenderaan digalakkan memohon
* Elaun minyak akan diberikan
* Bagi mereka yang telah disenarai pendekkan akan dijangka memulakan tugas pada ogos/september 2009.

Sila hantarkan resume anda kepada:
Projek Titian Saksama Rakyat Bangunan C-02,
Pusat Penyelidikan Pembangunan Wanita (KANITA),
Universiti Sains Malaysia,
11800, Pulau Pinang.

U/P: Cik Hizrian Nazeefah Ahmad Moghni
ATAU Cik Ajri Zarith Nur Ahmad
ATAU emailkan kepada
hizrian@notes.usm.my/ ajri@notes.usm.my
yusuf suid (B.Comp. Sc. '06)
Pejabat Perhubungan Alumni
Universiti Sains Malaysia
11800 USM Pulau Pinang, Malaysia.
HP : 012-554 9298
email: yusufsuid@notes.usm.my

Thursday, July 23, 2009

Jay Chou & Lin Chi

Jay Chou dan Lin Chi Ling sibuk promosi filem terbaru dan merupakan filem ke-2 selepas filem pertama berjudul Red Cliff berjaya mencapai sasaran.

Wednesday, July 22, 2009

Abhishek & Wife

Abhishek Bachchan dan Aishwarya Rai bersedia untuk menimang cahaya mata dan akan mengurangkan kesibukan sebagai persediaan usaha mendapatkan anak.

MU & Harimau Malaya

MU menewaskan Malaysia 2-0 dalam perlawanan persahabatan ke-2 sebentar tadi. Gol jaringan Federico Macheda (m-10) dan Micheal Owen (m-12).

Gerhana Matahari 2009

Gerhana Matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum mulai 8.23 pagi (210709) dan berakhir 9.48 pagi esok (220709).

Beckham & Wife

David Beckhan dan isterinya telah menyambut ulang tahun perkahwinan dan memperuntukkan US$200,000 untuk memastikan tiada sesiapa yang ada di pulau itu.

Tuesday, July 7, 2009

Kelate Vs Penang (070709)

Perlawanan terpaksa ditangguhkan pada kedudukan 1-1 kerana hujan lebat melanda stadium semalam. Semoga Kelate beroleh kemenangan nanti, Gambate.

Ella & Special

Ella mengaku kini mempunyai seorang teman istimewa dalam hidupnya namun tetap rahsiakan dan enggan kongsi siapa jejaka bertuah yang sedang bertahta di hatinya.

Jennifer & Suami

Jennifer Garner pantang jika ada yang cuba membuat lawak berkenaan suaminya dan sanggup bertikam lidah dengan orang yang sengaja merendahkan suaminya.

Jet Li & Singapura

Jet Li telah memohon kerakyatan Singapura dan telah pun membeli aset bernilai 14 juta tetapi tiada sesiapa pun yang dapat memastikan kesahihannya.

Wednesday, July 1, 2009

Fergie & Kacang Mata Hitam

Fergie mula besar kepala dan cuba kawal aktiviti Black Eyed Peas serta melupakan jasa anggota kumpulan yang pernah naikkan namanya di persada seni.

Sunday, June 28, 2009

Choi dan Park

Penyanyi Korea Choi Dong Wook mengaku mempunyai hubungan dengan pelakon wanita Park Han Byul biarpun pernah menafikan gosip tersebut sebelum ini.

Friday, June 26, 2009

Kelate 270609



Hao Lei Menangis

Hao Lei mengaku rumah tangganya sedang dilanda badai dan retak berikutan fotonya sedang menangis ketika bercakap dalam telefon tersebar di internet.

Maikel Jeksen Meninggal

Micheal Jackson meninggal dunia hari ini, kemungkinan serangan jantung, kat LA, pada umur 50, tak sempat buat konsert terakhir kat London.

Wednesday, June 24, 2009

Fizo & Lakonan

Fizo dikatakan sombong sejak berjaya dan semakin dikenali namun dia menafikannya kerana semasa shooting tumpuan harus diberikan sepenuhnya.

Ezany, Belacan & Kerjaya Seni

Sejak Ezany bergelar tauke belacan dan serius dengan perniagaannya namun kerana minat berlakon dia tetap juga ke lokasi dan menerima tawaran.

Demi & Peminat

Demi Moore dikatakan menghalang niat seorang peminat daripada menjalani pembedahan plastik agar sama dan menyerupai kecantikan yang dimilikinya.

Rain & Konsert

Bintang Korea, Rain telah dituntut sebanyak 8 juta US Dolar kerana membatalkan konsertnya yang ditunda kepada satu tarikh yang lain 2 tahun lepas.

Katrina Berang

Katrina Kaif dikatakan berang dan marah apabila namanya telah digugurkan daripada sebuah filem baru dan digantikan oleh aktres popular Bipasha Basu.

Ronson & Winehouse

Mark Ronson menawarkan bantuan kepada Amy Winehouse mengenai perjalanan kariernya dan bekerjasama untuk pembikinan lagu tema James Bond movie.

Peminat & Andy

Di Jepun, seorang lelaki yang meminati Andy Lau meminta doktor melakukan pembedahan ke atasnya agar dapat memiliki wajah seiras dengan Andy Lau.

Jac & Filem

Jaclyn Victor seronok berlakon dalam filem Talentime dan banyak pengalaman yang dipelajarinya melalui filem itu dimanfaatkan dalam bidang nyanyian.

Fasha & Life

Fasha Sandha mengadakan majlis doa selamat sempena ulang tahun ke 25 dan kini sedang mengenali seseorang serta menyelami hati budi masing-masing.

Filem SRK & sensitiviti

Filem Billu Barber lakonan Shah Rukh Khan, Irrfan Khan dan Lara Dutta dikatakan menyinggung dan menyentuh sensitiviti sebahagian puak di sana.

Megan & Kerjaya

Megan Fox benci dikaitkan sebagai simbol seks, dia lebih senang berbicara tentang kerjayanya dan ingin tumpukan perhatian pada bidang lakonan.

Salman Kesal

Salman Khan kesal dengan pengarah Sanjay Lela Bhansai kerana tempatnya diganti Hrithik Roshan sedangkan tawaran berlakon diberi kepadanya terdahulu.

Azlin & Suami

Wan Nor Azlin sedia terima dan memaafkan suaminya tetapi dengan syarat dia berubah dan kembali bertanggungjawab terhadap keluarga serta anak-anaknya.

Jennifer Dilamun Cinta

Jennifer Love Hewitt dan Jamie Kennedy dilamun cinta walaupun baru kenal antara satu sama lain dan dilihat berdua di pusat peranginan Mexico.

Jun Ji & Hiburan

Pelakon Korea, Jun Ji Hyun menyembunyikan asal-usulnya yang berketurunan Cina bagi membolehkan dia menempatkan diri dalam industri hiburan Korea.

Ziela & Family

Sebagai ibu tunggal, Ziela Jalil berusaha menunaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dan berdoa agar mereka menjadi insan yang berakhlak mulia.

John & Anak

John Travolta pergi ke Tahiti menaiki jet peribadi tanpa ditemani anak dan isteri untuk menenangkan fikiran selepas kematian anak lelakinya Jett.

Song & Memori

Song Hye Kyo mengaku tidak dapat melupakan cinta pertama dan sedih apabila melihat teman lelakinya bersama wanita lain setelah 2 tahun berpisah.

SRK & Hollywood

Shah Rukh Khan menyanjung tinggi karya Hollywood terutama penulisan skrip yang kreatif dan menepati cita rasa serta tahu apa kehendak penonton.

Zainal & Seni

Zainal Abidin memberi peluang kepada artis baru ketengahkan bakat di mana mereka perlu bekerja keras di arena seni dan setanding artis veteran.

Jessica & Revlon

Wajah Jessica Biel bukan sahaja cantik malah mampu menawan lelaki dan produk kosmetik terkenal Revlon memilihnya menjadi model terbaru mereka.

Jordin & Jones

Penyanyi Jordin Spark tidak sedar gambarnya diambil oleh media sewaktu menyaksikan perlawanan bola keranjang bersama teman lelakinya, Steph Jones.

Akhil & Wife

Isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal membuat pengakuan tentang pergolakan rumah tangga dan menuntut cerai kerana Akhil lama tidak pulang ke rumah.

Awal & Seni

Awal Ashari perlu bekerja keras supaya dapat mengaut seberapa banyak pengalaman dan mendirikan kerjaya supaya teguh serta berjaya dalam bidang seni.

Tuesday, June 23, 2009

Rosyam & Kualiti

Rosyam Nor tidak takut kepada persaingan yang sihat dalam mencari kualiti sesuatu produk dan tetap memberanikan diri untuk mengetengahkan ideanya.

Jun Ji: The Last Vampire

Jun Ji Hyun akan mengunjungi Hong Kong untuk mempromosi filem Blood: The Last Vampire dan merupakan pelakon utama bertindak menghancurkan syaitan.

Pet Pet Dapat Anak

Lan Pet Pet gembira menanti kelahiran anak dan bersyukur dengan rezeki yang dilimpah Allah secara tidak langsung sayang terhadap isterinya makin dalam.

Adam & Kris

Peserta American Idol, Adam Lambert nafi bermusuh dengan Kris Allen sebaliknya dia adalah orang yang paling rapat dengan Kris dalam industri muzik.

Brad & Angelina

Brad Pitt dan Angelina Jolie bertengkar kerana tidak yakin bayi dalam kandungan isterinya kerana mereka berdua sudah lama tidak tinggal sebumbung.

Sudirman dapat Datuk

Allahyarham Sudirman Haji Arshad buat pertama kali terima gelaran Datuk apabila dianugerahkan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) hari ini.

Kelantan Belasah PDRM 4-0 (230609)

Kelantan (4)
Ailim Fahmi - 1
Indra Putra Mahyuddin - 1
Mohd Khalid Jamlus - 2

PDRM (0)


Result Lepas
Kelantan (3) - Perak MyTeam (0)
Kelantan (1) - Kedah (0)

Cheryl Tak Gopoh

Cheryl Samad sedang berkawan dengan seseorang dan tidak mahu gopoh mengambil keputusan berkahwin kerana ianya soal seumur hidup dan masa hadapan.

Monday, June 22, 2009

Kanak-kanak & Sembahyang

Apabila seseorang kanak-kanak itu sudah dapat membezakan sebelah kanan dan kirinya (mumayyiz), hendaklah mula menyuruhnya sembahyang - Abu Daud.

4 Orang Golongan

4 orang ini dimurka Allah:
1. Penjual yang selalu bersumpah (tentang barang jualannya)
2. Orang fakir yang takbur
3. Orang tua yang berzina
4. Raja yang zalim

(Nasai)

Thursday, June 4, 2009

Julia & Gaun

Julia Perez menjelaskan tujuan dia memesan gaun pengantin dengan Johannes Bridal bukan untuk majlis perkahwinan tetapi untuk persembahan pentas.

Hugh & Anak

Hugh Jackman yang pernah dicop sebagai lelaki seksi di dunia kini cukup bahagia di samping dua cahaya mata iaitu Oscar Maximillian dan Ava Eliot.

Preity & Ness

Preity Zinta mengaku putus cinta dengan Ness Wadia dan kini lebih senang mengambil sikap berdiam serta enggan mengulas lebih lanjut mengenainya.

Erra & Emran

Erra & Emran tidak mahu Aleesya berkecimpung dalam dunia seni ketika mengulas lanjut mengenai tawaran daripada pihak sebuah jenama penjagaan bayi.

Sunday, May 24, 2009

Tomok Baru

Tomok ingin menempa nama sebagai penyanyi dengan imej baru dan suara yang versetile serta bakal mengembalikan zaman kegemilangan di persada seni.

Hafal Al-Quran

Hadis yang menyatakan: sebesar-besar dosa umatku ialah dosa orang yang hafal Al-Quran kemudian lupa, adalah Daif dan menakutkan orang menghafal Al-Quran (Yusuf Qardawi).

Imam

Hendaklah menjadi Imam orang yang paling banyak menghafaz Al-Quran atau paling baik (tajwid) bacaannya di kalangan kamu - H.Ahmad.

Bacalah Al-Quran

Bacalah Al-Quran, buatlah kajian ilmu, dengar majlis ilmu atau berzikirlah dan jangan habiskan masa kamu dengan perkara yang tidak berfaedah - Hasan Al Banna.

Yakini Allah

Sembahlah Allah seolah-olah kamu melihatNya (merasa kehadiranNya). Walaupun kamu tidak melihatNya, yakinlah bahawa Allah melihat kamu - H.Muslim.

Binaan Islam

Islam dibina atas 5 perkara:
1. Mengucap 2 kalimah Syahadah
2. Mendirikan solat 5 waktu
3. Menunaikan zakat
4. Puasa pada bulan Ramadhan
5. Mengerjakan Haji
H.Muslim

Ketentuan Allah

Diantara kamu ada yang beramalan baik hingga hampir masuk syurga, kemudian datang Ketentuan Allah, maka dia beramal jahat dan masuk neraka - H.Bukhari
Diantara kamu ada yang beramalan jahat hingga hampir masuk neraka, kemudian datang Ketentuan Allah, maka dia beramal baik dan masuk syurga - H.Bukhari

Ibadat Sesat

Sesiapa yang mengadakan suatu ibadat yang bukan daripada ajaran Allah (bercanggah dengan syariat), maka amalan itu tertolak (dikira Bidaah/sesat) - H.Muslim.

Katrina Kaif

Katrina Kaif yang memiliki tubuh seksi dan tidak hairanlah jika memenangi undian tertinggi untuk kategori memiliki bentuk punggung yang menarik.

Kemuliaan & Kebesaran

Ketahuilah bahawa kemuliaan mukmin itu pada mendirikan ibadah pada tengah malam dan kebesaran mukmin itu pada tidak berhajat ia kepada orang lain - Baihaqi.

Saturday, May 23, 2009

Tidak Dipandang Allah

Dua orang yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat:
1. Orang yang memutus silaturrahim antara kaum kerabat.
2. Jiran yang jahat.
Dailami.

Emelda & Hari Ibu

Pada tahun ini, Emelda Rosmila menyambut Hari Ibu secara sederhana dan pada setiap tahun dia akan membawa ibunya makan bersama sanak saudaranya.

4 Ucapan Yang Dikasihi Allah

Ucapan yang dikasihi Allah itu ada 4:

Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha Illallah, Wallahu Akbar,

mana-mana pun boleh didahulukan - Ahmad.

Zhang & Hollywood

Zhang Zi Yi telah berpeluang menghadiri majlis di Hollywood yang disertai beberapa bintang popular dan pasti merupakan satu bonus baik untuknya.

Cindy & Suami

Suami Cindy Crawford disaman kerana satu tuduhan gangguan seksual yang melibatkan dua orang pekerjanya dan masih dalam perhatian pihak polis.

Monday, May 11, 2009

Salma & Francois

Salma Hayek dan Francois-Henri Pinault berkahwin senyap-senyap di Hari Valentine serta bakal mengadakan majlis perkahwinan di Palazzo Grassi.

Friday, May 1, 2009

Jasad dan Daging

Dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika ia baik maka baik seluruh jasad, jika jahat maka jahat seluruh jasad, maka itulah hati - H.Muslim.

Tolak Kolam

Insiden Shah Rukh Khan menolak Kajol ke dalam kolam adalah satu babak menerusi filem My Name Is Khan yang menimbulkan banyak persepsi buruk dalam masyarakat.

Taat mentaati

Wahai orang-orang beriman, taati Allah dan taati Rasul dan orang yang berkuasa di kalangan kamu (jika mereka juga taat kepada Allah dan Rasul) - (An-Nisa:59)

Pengalaman Seni

Selama 9 tahun di industri seni banyak mengajar Zed Zaidi menjadi matang dalam menempuh pancaroba dunia glamor sekaligus memberi semangat padanya.

Lirik Lagu

Lirik lagu Allah Peduli yang dinyanyikan oleh Agnes Monica mengundang kontroversi di Malaysia di mana ia dikatakan menyamakan Allah dengan Yesus.

Album Sofaz

Are-Meer berkata, Sofaz kini melahirkan 2 buah lagu bertajuk Hingga Hujung Pernafasan Langitku dan Kamu dan Dirinya yang telah pun diedarkan.

Nabil & Peluk

Nabil yang memenangi Anugerah Bintang Paling Popular 2008 memberi penjelasan memeluk Irma Hasmie adalah dengan cara tidak sengaja dan spontan.

Gigi Leung Birthday

Gigi Leung menunjukkan keprihatinan apabila menyarankan peminat memberikan dia hadiah ulangtahunnya ke-33 dengan cara menyumbang kepada Yayasan Amal.

Akshay Dan Kelab

Akshay Kumar telah menubuhkan kelab peminat dan majlis yang diadakan memberi kejutan kepadanya kerana diketuai oleh isterinya, Twinkle Khanna.

Halal Tapi Dibenci

Perkara halal yang paling dibenci di sisi Allah (walaupun boleh dibuat) ialah menjatuhkan talaq (kepada isteri) - Abu Daud.

Wednesday, April 29, 2009

Badan Dua

Selepas Nor Khairiah mengalami keguguran 2 tahun lepas, kini dia gembira dan bersyukur kerana berbadan dua setelah berkahwin hampir 3 tahun.

Ombak & Isteri

Gara-gara gambar Mel Gibson yang sedang bermain ombak bersama seorang wanita membuatkan isterinya Robyn Moore memfailkan penceraian ke atasnya.

Sunday, April 5, 2009

Result Liga Super 040409


Kelatan vs Kedah 040409

Kedah Tumbang di Darul Aman (So, Kelantan Menanglah)

oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

HASRAT Kedah untuk mencatat kemenangan ketujuh dalam kempen Liga Super tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Kelantan pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam tadi.
Terdahulu, keadaan hujan renyai sebelum perlawanan berlangsung tidak menghalang kira-kira 30,000 penyokong skuad Kenari untuk membanjiri stadium.
Daripada jumlah itu, hampir 100 penyokong Kelantan turut berada di ruang stadium terbabit untuk memberi sokongan kepada wira mereka.
Kedah dilihat lebih menyegat mengatur serangan sejak wisel permulaan ditiupkan pengadil perlawanan, Ibrahim Mohd.
Tuan rumah hampir membuka jaringan pada minit ke-22, namun pertembungan satu lawan satu antara Badrol Bakhtiar dengan penjaga gol Kelantan, Mohd. Halim Napi gagal membuahkan hasil.
Kelantan yang dibarisi pemain berpengalaman juga tidak kurang hebatnya apabila mengatur serangan balas bagi menguji kemampuan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.
Hasil usaha keras pemain muda Kedah akhirnya berbalas apabila Badrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-39.
Bersambung babak kedua, semangat juang pemain Kedah ternyata masih belum luntur apabila gawang Kelantan masih dihujani percubaan merbahaya penyerang tuan rumah.
Enggan menyerah kalah dengan mudah, Kelantan bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-61 menerusi Mohd. Nor Farhan.
Empat minit berselang, Kelantan sekali lagi membolosi gawang Kedah menerusi jaringan bekas penyerang kebangsaan. Khalid Jamlus.
Usaha Kedah untuk menyamakan kedudukan bagaimanapun tidak kesampaian apabila keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan.
Petikan KOSMO!

Cat & Hidup

Cat Ruffedge akan memastikan masa diluangkan sepenuhnya buat keluarga tercinta terutama anak kesayangan Nia dan perniagaan kafe yang baru dibuka.

Al-Quran & Rumah

(Bacalah Al-Quran) dan jangan jadikan rumah kamu seperti kubur, Tidak dimasuki syaitan rumah yang dibaca di dalamnya surah A-Baqorah (H.Tirmizi).

SRK & Sanjay

Atas dasar kesyukuran Shah Rukh Khan dikatakan memberikan minuman keras kepada Sanjay sebagai meraikan persetujuan berlakon dalam filem baru.

Lily & Paparazi

Lily dikatakan meninju seorang paparazi yang telah menghalang keretanya sehingga menyebabkan kemalangan kecil berdekatan dengan studio rakamannya.

Aon Sarawut & Internet

Aon Sarawut baru sahaja dilanda tempias kontroversi berkaitan video lucah yang menampilkan jejaka ini hebat disiarkan di laman web dan internet.

Al-Quran & Huffaz

Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkan Al-Quran dan Kami jualah yang akan memeliharanya (dalam dada para huffaz sampai hari kiamat (Al-Hijr:9).

Hafaz Al-Quran

Jika bersembahyang, seorang yang menghafaz Al-Quran siang dan malam dengan membaca Al-Quran, maka dia akan ingat Al-Quran itu dan takkan lupa - H.Muslim.

Monday, March 30, 2009

Aril AF Loni

Aril nampak berpeluang untuk jadi juara Tahun Ini melihatkan beliau berjaya membawa nama Kg.Aril Glemor ke seluruh Asia Tenggara. Rupa pun ada iras-iras pelakon Taiwan. Bakat menyanyi dan menari pun OK. Moga Kg.Aril dan Aril berjaya.
Gambate!
Chayo-Chayo!

Penat Tapi Tak Kesal

Almy Nadia akan terasa penat dan sakit badan ketika melawan makhluk halus dalam tubuh namun tidak pernah kesal untuk menerima tawaran berlakon.

Jin & Manusia

Tidak Aku ciptakan Jin & Manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu, Aku tidak mohon rezeki dari mereka dan tak minta diberi makan - AzZariyat:56.

Sedih & Kekasih

Deepika Padukone bersedih menjadi model sampingan untuk sebuah video klip yang mana melibatkan kekasihnya Ranbir Kapoor bersama Katrina Kaif.

Syurga & Neraka

Perkara yang paling banyak membawa seseorang ke syurga ialah Taqwa & Akhlak Mulia. Sedangkan yang paling banyak membawa ke neraka ialah Mulut & Kemaluan - H.Tirmizi.

Aftab & Peminat

Aftab mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokongnya kerana selama ini terlalu susah baginya membina nama dengan keupayaan sendiri.

Modal & Cahaya

Nabi S.A.W. menasihati Abu Zar: Bertaqwa kepada Allah kerana itulah modal kamu (bertemu Allah), Bacalah Al-Quran dan Zikir kerana itulah cahaya bagimu di dunia - H.Tobrani.

J.Lo Simpati

J.Lo merasa simpati dengan nasib Britney Spears kerana sakit mental serta berebutkan hak penjagaan anak-anak dan khuatir akan memusnahkan dirinya.

Rani & Tarian & Amal

Rani Mukherjee gemar meluangkan masa menari tarian tradisional dan moden namun tetap melakukan kegiatan amal untuk membantu orang-orang miskin.

Zach Tawar Hati

Kelembapan perjalanan industri muzik membuatkan Zach X-Factor tawar hati untuk menyanyi semula kerana pendengar lebih suka lagu dari Indonesia.

Rumah Usang

Seseorang yang tiada dalam dadanya suatu pun (apa yang dihafaz) dari Al-Quran samalah keadaannya seperti sebuah rumah yang buruk lagi usang - H.Tirmizi.

Saturday, March 28, 2009

Ketawa dan Jihad

NasihatNya S.A.W. lagi: Jangan banyak ketawa kerana itu mematikan hati dan menjatuhkan air muka, berjihadlah kerana itu pengabdian diri umatku (kepada Allah) - H.Tobrani.

Berkabung

Haram bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung lebih dari 3 hari kecuali berkabung kerana suaminya iaitu 4 bulan 10 hari - H.Muslim.

Al-Quran - Hafal & Fahami

Telah kami mudahkan Al-Quran untuk diingati (difahami dan hafaz), maka adakah orang yang mahu mengambil perhatian (belajar/menghafaznya)? AL-Qamar:17).

Saturday, March 21, 2009

Anil & Angelina

Anil Kapoor tidak melepaskan peluang duduk bersebelahan dengan Angelina Jolie dan bersalaman dengan aktres pujaannya itu di Anugerah Golden Globe.

Edison Chen & Mahkamah

Edison Chen terpaksa turun naik mahkamah kerana kes penyebaran gambar lucah yang diambil curi daripada komputernya dengan beberapa orang aktres.

Islam & Manusia

Islam merupakan jawapan kepada 3 persoalan manusia:
1. Dari mana kita datang?
2. Kenapa kita didatangkan?
3. Ke mana kita pergi selepas didatangkan?
(Karim Zaidan)

Islam & Cara Hidup

Orang yang mencari selain Islam sebagai agama (cara hidup), maka tidak akan diterima amalannya, di akhirat kelak ia termasuk golongan orang-orang yang rugi (Al-Imran:83).

Tahiyatul Masjid

Apabila kamu memasuki masjid maka hendaklah kamu solat 2 rakaat (sunat Tahiyatul Masjid) sebelum kamu duduk - H.Muslim (dan bacalah doa masuk masjid).

Kelantan Menang Lagi

Selangor kekal pendahulu, Kelantan terus ekori rapat

Oleh Bashah Zainol Abidin, Hamid Saleh, Kamudin Baharom Haspaizi Mohd Zainbhsukan@bharian.com.my

PENYERANG Kelantan, Norfarhan Mohamad (tengah) menjaringkan gol pertama pada perlawanan Liga Super bertemu Pulau Pinang di Stadium Sultan Mohd ke-1V, malam tadi.

SELANGOR mengekalkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas menewaskan Kuala Muda Naza 2-1 di Stadium Darulaman biarpun diikuti rapat oleh Kelantan yang menjinakkan Pulau Pinang 4-1, semalam. Skuad Merah Kuning lebih banyak mengatur serangan pada babak pertama dengan peluang awal hadir seawal minit keempat apabila bek kanan, Razman Roslan meledakkan rembatan kencang dari jarak 25 meter yang terkena palang gol KM Naza. Penyerang kebangsaan, Safee Sali kerap menggugat benteng tuan rumah sepanjang babak pertama, namun dia gagal melakukan penyudah baik walaupun beberapa kali melepasi benteng lawan.
Pelawat terus mengasak pada babak kedua dan usaha mendapatkan gol pertama akhirnya berjaya pada minit ke-69 menerusi Rudie Ramli, selepas pantas melakukan tindakan susulan daripada bola muntah rembatan Safee yang dihalang benteng lawan. KM Naza cuba mengimbangi perlawanan dengan memasukkan bekas penyerang utama kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli pada babak kedua. Namun Selangor mengukuhkan kedudukan menerusi gol kedua yang dijaringkan Azrul Hafiq Amran pada minit ke-80 sebelum KM Naza merapatkan kedudukan tiga minit kemudian menerusi sepakan penalti Akmal selepas bola terkena tangan Khairul Anuar Baharom.
Di Kota Bharu, Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-22, menerusi jaringan Norfarhan Mohamad yang bijak menyudahkan hantaran Ramzul Zahini Adnan. Kelantan kemudian menambah gol menerusi Ramzul (m-36), Norfarhan (m-56) dan Mohd Badri (m-65) sebelum Mohd Norhaslan (m-90) mendapatkan gol sagu hati pelawat. Dalam perlawanan lain, Polis tewas 0-2 kepada Kedah, Perlis seri 0-0 dengan Perak, KL Plus tewas 0-1 kepada Johor FC, MyTeam seri 1-1 dengan Negeri Sembilan manakala Terengganu menjinakkan Pahang 3-0.

Liga Super 21 Mac 2009


Kelantan vs Penang (21 Mac 2009)

Gergasi Merah terus kekal terajui takhta liga

KUALA LUMPUR – Selangor mengekalkan kedudukan pendahulu bola sepak Liga Super selepas menewaskan Kuala Muda Naza 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.
Begitupun Kelantan terus memberi tekanan dengan mengekori di tangga kedua selepas mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Mohammed ke-IV.
Selangor dan Kelantan berkongsi 21 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan, namun dipisahkan menerusi perbezaan gol.
Mohd. Nor Farhan Mohamad mengetuai kemenangan besar Kelantan dengan menyumbat dua gol pada minit ke-23 dan 56, diikuti jaringan Ramzul Zahimi Adenan pada minit ke-38 dan Md. Badri Mohd. Radzi, minit ke-65.
Di Stadium Utama, Kangar, Perlis gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri apabila seri tanpa jaringan dengan Perak.
Negeri Sembilan pula terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain ketika diikat 1-1 dengan UPB MyTeam di Stadium MBPJ.
Dalam perlawanan di Stadium KLFA, Cheras, Johor FC melupakan kekalahan pada Piala AFC, Selasa lalu dengan menundukkan KL Plus 1-0.
Penyandang juara, Kedah pula memperbaiki kedudukan ke tangga kelima selepas membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Kedua-dua gol Kedah dijaringkan Azrul Ahmad pada minit ke-30, diikuti jaringan Mohd. Faizal Abu Bakar, minit ke-61.
Sementara itu, dua jaringan Azlan Ismail pada minit ke-10 dan 17 membantu Terengganu mencatat kemenangan 3-0 ke atas Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Satu lagi gol tuan rumah dijaringkan Md. Ashaari Shamudin pada minit ke-62.

Tuesday, March 17, 2009

Naungan Allah

7 yang mendapat naungan Allah:
1. Pemimpin yang adil
2. Pemuda yang membesar dalam ibadat
3. Orang yang hatinya mengingati masjid
4. Orang yang merahsiakan sedekah
5. Lelaki yang menolak ajakan zina
6. Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah
7. Orang yang menangis kerana mengingati Allah
H.Muslim

Dato' Shake & Perancis

Dato' Shake kini sedang sibuk menyiapkan rakaman album di dalam bahasa Perancis. Bakat dan alunan vokalnya berjaya menambat hati peminat di sana.

Chong Wei & KKK & Tan Boon Heong

KKK & Tan menang 21-14, 21-18, lawan Denmark.

Lee Chong Wei juara Terbuka Switzerland, tewaskan Lin Dan, 21-16, 21-16.

SYABAS MALAYSIA. tq.

Islam & Life

Islam adalah way of life (cara hidup), peraturannya lengkap dalam semua segi dalam mengatur kehidupan manusia berasaskan akhlak yang mulia - Karim Zaidan.

Julia Perez

Julia Perez, aktres bertubuh seksi menjelaskan dirinya tidak akan berbogel biarpun sering tampil seksi sama ada dalam lakonan atau kehidupannya.

Nadia & Bandung

Nadia ke Bandung bukan untuk bercuti sebaliknya ingin memperkenalkan lagu terbaru selain menerima undangan daripada pihak radio untuk ditemubual.

Jim Carey

Jim Carey suka berterus terang dalam apa jua perkara dan berbangga dengan apa yang dimilikinya serta akan terus berusaha untuk menghasilkan yang terbaik.

Thursday, March 12, 2009

Dunia & Akhirat

Sesiapa yang berpaling dari mengingatiKu maka baginya kehidupan yang sempit (di dunia) dan di akhirat kelak akan dihimpunkan dalam keadaan buta - Surah Taha:124

Fahrin & Politik

Fahrin Ahmad masih mengambil tahu perihal politik dan bersyukur kerana dalam ketidakstabilan politik, negara masih aman, tidak seperti di Thailand.

Justin & Fesyen

Justin penyanyi R&B sering menjadi rujukan bila bercakap soal fesyen dan stail yang dibawa bintang ini ibarat menjadi trendsetter peminatnya.

Tuesday, March 10, 2009

Zuhud Dunia & Mati

Orang yang zuhudkan dunia (tidak gemarkannya), akan mudah melalui musibah dan orang yang selalu mengingati mati, akan segera berbuat kebaikan - Sd. Ali r.a

Roshan Makin Bersinar

Hritik Roshan makin bersinar dalam senarai selebriti global dan menjadikan kerjaya pelakon sebagai inisiatif untuk berdamping dengan masyarakat.

Tubuh Susut

Tubuh Memey makin susut bukan kerana tertekan tetapi sibuk dengan penggambaran dan masih menerima tunjuk ajar daripada Norman tentang lakonan.

Saturday, March 7, 2009

Taylor Swift

Taylor Swift akan mengajar lelaki yang cuba mempermainkan perasaannya melalui lirik lagu. Dia mahu mereka sedar jika mahu mempermainkan hidupnya.

Yamashita Tomohisa

Sejarah kerjaya Yamashita Tomohisa bermula apabila menganggotai Johny & associates dan diundi untuk tempat pertama dalam Annual Junior Awards.

Result Suku Akhir Kedua


Kelantan Ke Separuh Akhir

Kelantan layak ke separuh akhir

Oleh KHAIRI MOHAMAD (Kosmo)


BADRI (kiri) meraikan jaringannya pada pertemuan menentang UPB-MyTeam di Stadium Muhammad ke-IV malam tadi.



BERAKSI di hadapan lebih 20,000 penyokong sendiri jelas memberi kelebihan kepada Kelantan apabila berjaya membenam UPB-MyTeam 3-1 pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi.
Kemenangan itu melayakkan Kelantan mara ke saingan separuh akhir menerusi kemenangan agregat 4-2.
Turun dengan kelebihan satu jaringan di tempat lawan, Kelantan sepatutnya tampil lebih yakin, namun akibat ‘lambat panas’ mereka ketinggalan pada minit kesembilan.
Penyerang UPM-My Team, Norsharul Idlan Talaaha berjaya merobek gawang tuan rumah selepas menyudahkan hantaran lintang Bunyamin Umar.
Sang Kijang yang tersentak dengan gol awal tersebut terus menggandakan asakan dan pada minit ke-26, pemain sayap, Zamri Ramli meledak gol penyamaan.
Perlawanan menjadi semakin rancak apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan dan malang bagi UPB-MyTeam apabila dua percubaan mereka dinafikan palang gol.
Pada babak kedua, Kelantan mengeluarkan Khalid Jamlus dan memasukkan Ramzul Zahini.
Gol kedua Kelantan hadir pada minit ke-53 menerusi Nor Farhan Mohamad yang berjaya menanduk masuk hantaran ketua pasukan Badri Radzi.
Kelantan yang bagai dahagakan jaringan terus mengatur gerak dan selang lima minit kemudian, stadium bergema lagi.
Badri melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah melalui sepakan percuma melepasi jangkauan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussin.

Kelantan Menang Ke Separuh Akhir Piala FA














PEMAIN Kelantan, Mohd. Zamri Ramli diasak pemain pertahanan UPB-MyTeam Mohamed Aslam Haja pada perlawanan suku akhir Piala FA di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. - MINGGUAN/Hafiz Johari

Kelantan vs UPB MyTeam (7 Mac 2009)

Selangor, Kelantan gah mara

Oleh Mohd Fadzrie Haziz, Wan Faizal Ismayatim, Kamudin Baharom dan Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
Negeri Sembilan, Perlis turut ke separuh akhir walaupun sekadar seri 0-0PASUKAN pilihan, Kelantan dan Selangor menepati ramalan untuk mara ke saingan separuh akhir Piala FA sambil diiringi Perlis dan Negeri Sembilan, malam tadi. Di Stadium Sultan Mohammad ke-IV, Kelantan yang mendapat sokongan padu 18,000 penyokong, menempah tiket mereka sesudah menewaskan UPB MyTeam 3-1 untuk mara dengan agregat 4-2.
Namun MyTeam bermula garang apabila memperoleh gol pertama seawal minit ke-9 menerusi Nor Shahrul Idlan Talaha yang bijak menguis masuk hantaran Bunyamin Omar dari sebelah kanan pintu gol Kelantan. Begitupun Kelantan tidak menunggu lama sebelum kembali mengikat kedudukan apabila pemain sayap, Zambri Ramli, melepaskan tendangan padu dari jarak 20 meter untuk menewaskan penjaga gol MyTeam, Syed Adney Syed Hussain pada minit ke-25. Pelawat melepaskan dua peluang keemasan menjelang tamat separuh masa menerusi cubaan Bernard Samuel pada minit ke-39 dan Bunyamin Omar ke-45, namun terkena tiang walaupun penjaga gol Kelantan, Sharizan Ismail sudah tertewas.
Babak kedua menyaksikan penguasaan penuh anak didik Peter Butler apabila menambah dua lagi jaringan hasil gerakan Nor Farhan Mohamed pada minit ke-53 sebelum Badri Radzi memastikan kemenangan Kelantan selang lima minit kemudian. Di Stadium Shah Alam, Selangor menewaskan Perak 2-0 hasil jaringan C Premnath pada minit ke-79 dan Rudie Ramli pada minit ke-90 untuk membolehkan mereka layak ke saingan empat terakhir dengan agregat 4-1. Tuan rumah hanya memerlukan enam minit untuk menguji benteng Perak apabila sepakan penjuru R Surendran tepat ke jangkauan P Gunalan, namun tandukannya berjaya didakap kemas penjaga gol, Kamarul Effendi Rahim. Anak didik K Devan memastikan kemenangan bergaya ke atas Perak pada lewat saingan apabila Premnath berjaya memecah kebuntuan sebelum Rudie yang dimasukkan selaku pemain gantian, menamatkan harapan Perak pada waktu kecederaan.
Sementara itu, dua lagi tuan rumah, Perlis dan Negeri Sembilan turut layak ke separuh akhir walaupun seri tanpa jaringan. Di Stadium Utama Kangar, Perlis terlepas banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol untuk meraih bekal selesa ke atas Harimau Muda, namun keputusan seri sudah cukup untuk mereka berikutan kemenangan 1-0 dalam perlawanan pertama Selasa lalu Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan turut buntu menambah jaringan, namun melangkah ke saingan seterusnya juga dengan agregat 1-0.

Wednesday, March 4, 2009

Suku Akhir Pertama Piala FA

2 Mac 2009



Perak 1 Selangor 2


Harimau Muda 0 Perlis 1


MyTeam 1 Kelantan 1


T-Team 0 N.Sembilan 1

Benci & Adil

Janganlah kebencian kamu terhadap seseorang itu menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka, berlaku adillah, ia lebih hampir kepada taqwa - (Surah Al-Maidah:8)

Wanita Dalam Islam

Islam mengangkat darjat wanita setaraf dengan lelaki, Islam melebihkan lelaki pada suatu hak tetapi melebihkan wanita pada hak yang lain pula - Hasan AlBanna.

Rita & Baby

Walaupun Rita Rudaini mengalami alahan teruk semasa hamil, dia tabah hadapi dugaan kerana mempunyai keluarga dan suami yang sentiasa bersamanya.

Ally & Umum

Ally Iskandar berpandangan positif sebagai pengacara dan sentiasa relevan serta mengikut rentak semasa dan diterima oleh khalayak.

Lau Ching Wan

Berkat kesungguhan dan perjuangan Lau Ching Wan telah menerima anugerah yang menjadi pendorong untuk mencipta kejayaan.

Penjaga & Jagaannya

Setiap kamu adalah penjaga dan akan ditanya tentang jagaannya: pemimpin akan ditanya tentang jagaannya, lelaki akan ditanya tentang isteri dan anak-anaknya (H.Muslim)

Sunday, March 1, 2009

Mahir & Tak Mahir

Seorang yang mahir membaca Al-Quran, malaikat akan mengiringi bacaannya. Orang yang terangkak-rangkak membaca Al-Quran tetap mendapat dua pahala - H.Muslim

Saturday, February 28, 2009

Kelantan Tewas

Liga Super (28 Feb 2009)
Kelantan (0) - Selangor (3)
Perlis (2) - UPB Myteam (0)
Neg. Sembilan (4) - PDRM (1)
Kedah (3) - Terengganu (0)
Perak (2) - KL PLUS (0)

Nick Carter & Dadah

Kerana pengaruh dadah, Nick Carter hampir menemui ajal. Dia menghadiri satu parti di Florida dan menghisap dadah serta minum sepuas-puasnya.

Puasa Isnin

Nabi Muhammad S.A.W. ditanya tentang puasa Isnin, jawab baginda: Itulah hari Aku dilahirkan dan Aku dibangkitkan menjadi Rasul - H.Muslim (dan pada hari Isnin juga Rasulullah S.A.W. wafat).

Selawat ke atas Rasulullah S.A.W

Sesiapa yang berselawat ke atasku (Rasulullah S.A.W) sekali, Allah akan berselawat (memberi rahmat) kepadanya 10 kali dan ditulis baginya 10 kebaikan - H.Tirmizi.

Wednesday, February 25, 2009

Marcello Tahitoe

Majlis pelancaran album penyanyi Marcello Tahitoe di Kama Sutra Cafe sangat mengecewakan pihak media massa apabila dia meminta wartawan beredar.

Banyak Selawat

Banyakkanlah selawat sempena bulan keLahiran, keBangkitan, pengHijrahan dan keWafatan junjungan besar kita S.A.W..Allahumma Solli ala Muhammad.

Tuesday, February 24, 2009

Wanita & Berkabung

Kata Ummu Atiyah, wanita yang berkabung kerana kematian suami itu 4 bulan 10 hari, dilarang bercelak, berwangian, berpakaian warna dan bercorak - H.Muslim

Kelantan vs PDRM (24 Feb 2009)

Kelantan Menang Lagi

Kelantan menang 3-1 lawan PDRM semalam, di stadium lawan. So, Kelantan menang aggregat 8-2 dan masuk suku akhir melawan Myteam pada 3 Mac dan 7 Mac nanti.

Moga Kelantan terus berjaya, TQ.

Amy & Chef

Cabaran utama Amy Search ialah mendapatkan chef dalam masakan Cina dan akan minta nasihat sebelum memperkenalkan jenis sajian di restorannya.

Monday, February 23, 2009

Ziana Zain & Accident

Ziana Zain sedih dengan berita kemalangannya. Ini adalah kontroversi yang menyusahkan dia dan ada juga peminat yang menangis bila menghubunginya.

Bersin & Menguap

Allah sukakan bersin dan bencikan menguap. Apabila bersin, ucaplah 'Alhamdullilah'. Hendaklah orang yang mendengar mengucap 'Yarhamkallah'.. - H.Tirmizi.

Bipasha Basu

Bipasha Basu yakin dan puas apabila tampil seksi di khalayak kerana lelaki yang melintas di hadapan tidak berhenti menatap kelangsingan tubuhnya.

Sedekah & Buruk

Sedekahkanlah sebahagian dari hartamu yang elok2 dan jangan kamu memilih yang buruk2 untuk disedekahkan sedangkan kamu sendiri jelik terhadapnya - (Surah Al-Baqarah:267)

Menguap & Syaitan

Allah bencikan menguap... Apabila menguap tahanlah seupayanya. Jangan berkata ?Hah Hah? kerana itu dari syaitan yang syaitan ketawa mendengarnya - H.Tirmizi.

Ebi & Enset

Ebi masih menggunakan nombor telefon lama dan mungkin masa panggilan dia di lokasi. Tidak terlintas di fikiran untuk mengelak daripada sesiapa.

Eva Mendes

Eva Mendes menjadi perhatian lelaki yang mengundi di laman web AskMen.com. Kelakar, bijaksana dan ikon seks merupakan kriteria yang dimiliki Eva.

Al-Quran & Sunnah

Telah aku tinggalkan kepada kamu semua, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengannya, Kitab Allah dan SunnahKu - H.Muslim.

Nafkah & Wife

Apa sahaja yang kamu nafkahkan kerana mencari reda Allah akan dibalas (pahala dll) sehinggakan apa yang kamu suap ke mulut isterimu (akan dibalas) - H.Bukhari.

Maut & Kiamat

Seburuk-buruk meminta tangguh ialah ketika kehadiran maut (ajal) dan seburuk-buruk penyesalan ialah ketika hari kiamat - H.Baihaqi.

Faizal Rehat

Faizal Tahir meluahkan hasrat untuk berehat daripada bidang seni kerana ingin memberi tumpuan kepada anak-anak yang sedang membesar dan keluarga.

Suami & Wife

Jika suami mengajak isteri untuk bersama, tapi isterinya menolak, suaminya tidur dengan perasaan marah, maka isteri itu dilaknat malaikat hingga subuh - H.Muslim.

Sabar & Derhaka

Sesiapa yang bersabar, Allah akan lipat gandakan (pahala)nya, sesiapa yang menderhakai Allah akan menerima azabnya - H.Baihaqi.

Rusdi & Wife

Rusdi menganggap bila isterinya moody adalah normal bagi wanita mengandung. Melihat kemanisan yang dikecapi mereka adalah pasangan bahagia.

Salam Dahulu

Sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberi salam (kepada orang lain) - H. Abu Daud.

Almy Histeria

Almy Nadia kena histeria ketika penggambaran di daerah Banting dan krew yang berada di situ berusaha menenangkannya dengan membaca ayat Qursi.

Dunia & Penggemarnya

Menggemari dunia itu akan meletihkan penggemarnya di dunia dan di akhirat, sedangkan zuhudkan dunia akan merehatkan tuannya di dunia & di akhirat - Ibnu Sammak.

Teri dan Anjing

Teri Hatcher membuat pengakuan tidur dengan anjing peliharaan yang diselamatkan dari rumah haiwan dan baru tahu tabiat anjing itu berdengkur.

Syurga & Neraka

Setiap yang bernyawa akan mati? Siapa yang dijauhkan dari neraka dan dapat masuk syurga itulah orang yang berjaya, kehidupan dunia hanya tipudaya - (Surah Al-Imran:185)

Amanah & Kiamat

Nabi ditanya: Bilakah kiamat? Jawab Nabi: Bila Amanah dipersia-siakan. Bagaimana? Jawab Nabi: Bila diserahkan tanggungjawab kepada yang bukan ahli, tunggulah kiamat - H.Bukhari.

Sunday, February 22, 2009

Khai & Rosma

Rosma dilayan bagai puteri sejak dirinya hamil dan dia tidak alami alahan yang serius sebaliknya Khai demam teruk kerana terkena pembawaan bayi.

Kelate vs PDRM (21 Feb 2009)

Kelantan makan besar lagi

Oleh Fazalah Pit, Wan Faizal Ismayatim, Basha Zainol Abidon, Hamid Salleh dan Azizan Hashim





PENYERANG Kelantan, Mohd Khalid Jamlus (tengah) membuat percubaan ke arah pintu gol Polis dalam saingan di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu, malam tadi. Tuan rumah menang 5-1.
Juara bertahan, Hijau Kuning sekadar seri 1-1 lawan MyTeam KELANTAN menepati status selaku pasukan pilihan apabila membelasah Polis 5-1 manakala juara bertahan, Kedah sekadar seri 1-1 dengan UPB-MyTeam pada pada perlawanan pertama pusingan kedua Piala FA, malam tadi. Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Polis lebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Mohd Fauzi Abdul Majlid yang merembat dari jarak dekat selepas menewaskan penjaga gol Kelantan, Halim Napi menerusi gerakan yang dimulakan Khairul Zal Azmi pada minit kesembilan. Namun kelebihan pelawat hanya bertahan selama dua minit apabila Khalid Jamlus yang melepasi perangkap ofsaid tenang melepaskan rembatan leret untuk gol penyamaan Kelantan.
Perlawanan kemudian berlangsung agak hambar dengan Kelantan seperti kehilangan punca dan mereka harus berterima kasih kepada Halim yang mempamerkan aksi tangkas menepis percubaan Khairul Zal yang hampir menerjah gawang Kelantan pada minit ke-43. Kelantan kemudian meningkatkan permainan pada babak kedua dan memastikan kemenangan menerusi empat gol disumbangkan Khalid (m-63), Norfarhan Mohamad (m-68), Indra Putra Mahayuddin (m-80) dan Ramzul Zahini (m-81). Di Stadium Darulaman, MyTeam terlebih dulu membuka jaringan menerusi V Saravanan (m-18) sebelum Badrol Bakhtiar menyamakan kedudukan pada minit ke-78.
Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang juga sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan dengan pelawat terlebih dulu membuka jaringan menerusi jaringan K Ravindran (M-61) sebelum M Prakash berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-71. Di Stadium Sultan Mizan, Terengganu menewaskan Harimau Muda 2-1 manakala pasukan senegeri, T-Team turut mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri apabila menewaskan Sarawak 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. PKNS gagal mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri apabila tewas 2-1 kepada Perlis manakala Perak turut gagal mencatat kemenangan di Stadium Perak apabila sekadar seri 1-1 dengan KM Naza.

Saturday, February 21, 2009

Amalan Paling Baik

Nabi S.A.W. ditanya: Apakah amalan yang paling baik? Jawab Nabi S.A.W.: Beriman kepada Allah! Lepas tu? Jawab Nabi S.A.W.: Jihad pada jalan Allah! Lepas tu? Jawab Nabi S.A.W.: Haji Mabrur - H.Muslim.

Dengki

Tidak harus dengki kecuali 2 perkara, pada orang yang banyak menafkahkan hartanya kepada kebaikan dan pada orang berilmu yang beramal dan mengajarkannya - H.Bukhari.

Tuesday, February 17, 2009

Kelantan vs Pahang (17 Feb 2009)

Amukan Kelantan benam Tok Gajah



PEMAIN Kelantan, Wan Zamani Wan Mustapha (tengah) berusaha melepaskan diri daripada kawalan dua pemain Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Kelantan menang besar 5-1.

Petikan Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Ketepi Selangor, kini giliran Kelantan menerajui Liga Super.
Pasukan pantai Timur itu menepati status selaku pasukan terbaik Liga Super apabila mengambil alih teraju liga dari Selangor selepas membelasah Pahang 5-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.
Kejayaan Kelantan menjadi peneraju baru Liga Super dibantu kekalahan mengejut Selangor yang tersungkur di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam 0-1 kepada UPB MyTeam.
Kelantan ternyata terlalu handal buat Pahang apabila menjaringkan gol menerusi Khalid Jamlus (minit pertama, m-74), Zainol Fitri Ishak (minit kesembilan), Mohd. Badri Mohd. Radzi (m-61) dan Indra Putra Mahayuddin (m-62).
Pahang sekadar memperoleh gol sagu hati pada minit ke-25 hasil jaringan Hasmizan Kamaruddin.
Kelantan kini unggul di puncak liga dengan 18 mata selepas tujuh perlawanan.
Di Shah Alam, rentak cemerlang anak buah K. Devan tercalar apabila dikalahkan oleh pasukan di kelompok bawah liga, MyTeam hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-67.
Selangor yang jatuh di tangga kedua dengan 15 mata, terpaksa berkongsi mata dengan Perlis yang naik ke tangga ketiga selepas menang 2-1 di Stadium J-Corp, Pasir Gudang.
Skuad bimbingan Irfan Bakti itu meraih tiga mata bermula dengan jaringan menerusi sepakan penalti Ahmad Fakri Sarani di minit pertama, disusuli gol Mohd. Firdaus Faudzi enam minit kemudian sebelum Johor FC cuba bangkit menerusi gol Mohd. Syaifol Sabtu di minit 57, namun pelawat mempertahankan kedudukan sehingga perlawanan tamat.
Kejayaan Perlis melonjak di tangga ketiga dari tempat kelima dibantu keputusan seri tanpa jaringan perlawanan di antara Negeri Sembilan dan KL PLUS di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban.
Juara treble, Kedah turut memperbaiki kedudukan dari tangga kesembilan naik ke tempat ketujuh selepas menundukkan KM Naza 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Mohd. Khyril Muhymeen meletakkan Kedah di depan pada minit ketujuh, namun KM Naza bangkit mengikat kedudukan menerusi Victor Andrag pada minit ke-30.
Badrol Baktiar muncul wira apabila meledakkan gol kemenangan Kedah pada minit ke-51.
Pulau Pinang turut memperbaiki kedudukan dengan naik satu anak tangga selepas menundukkan Polis 3-1 di Stadium Negeri Batu Kawan.
Namun, pasukan pelawat memberi kejutan menerusi gol awal Khairulzal Azmi pada minit kelapan.
Mohd. Nor Azlan memulakan kebangkitan Pulau Pinang seawal minit ke-29, disusuli jaringan M. Prakash (m-90) dan Mohd. Rafiuddin Roddin.
Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah mencatat kekalahan keempat apabila tewas 0-1 kepada Terengganu menerusi jaringan Hariri Mohd. Safli pada minit ke-56.

Friday, February 13, 2009

Kitab Allah

Telah aku tinggalkan kepada kamu semua, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengannya, Kitab Allah dan Sunnahku - H.Muslim

Tuesday, February 10, 2009

Terima Kasih Cinta

Afgan akui lagu 'Terima Kasih Cinta' menarik tetapi tiada kaitan dengan peribadi di mana dia pernah digosip bercinta dengan Effa anak Sofea Latjuba.

100 kali sehari

Wahai manusia bertaubatlah dan pohonlah ampun kepada Allah dan sesungguhnya aku (Nabi) bertaubat 100 kali dalam sehari - H.Bukhari.

Amisha Patel

Amisha Patel seorang gadis yang sopan, manja dan seksi ditambah dengan senyumannya yang menawan serta jelingan mata sungguh menarik perhatian ramai.

Kehormatan

Sesiapa mempertahankan kehormatan saudaranya diwaktu dia tiada dihadapannya maka Allah akan mempertahankan kehormatannya pada Hari Kiamat - H.Abu Dunya.

Dusta

Dalam hati (orang-orang munafik) itu ada penyakit maka Allah tambahkan lagi penyakit dan bagi mereka azab yang pedih kerana berbuat dusta - (Surah Al-Baqarah:10)

Buatmu Palestin

Erma Fatima tampil membantu mangsa-mangsa Palestin anjuran Yayasan Seni Karya Prihatin bertujuan untuk mengutip derma tabung Doa Buatmu Palestin.

Linda & James

Kehadiran Linda Onn dan James di majlis perkahwinan Mawi & Ekin menjadi perhatian. Kemesraan mereka seperti sepasang kekasih sedang bercinta.

Hati & Amalan

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh & rupa paras kamu tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu - H.Muslim

Kevin Costner

Kevin Costner dikejarkan ke Los Angeles Cedars - Sinai Medical Center kerana sesak nafas semasa memandu untuk menhadiri perjumpaan di Los Angeles

Safar dan Kusta

Tiada jangkitan tiada sialan, tiada sial pada burung hantu, tiada sial pada bulan Safar dan larilah dari kusta seperti lari kerana takutkan singa - H.Bukhari.

Paris Hilton

Paris Hilton menemui cinta Benji Madden selepas putus dengan Jason Shaw. Jalinan cintanya hangat setelah kecewa dengan Nick Carter dan Paris Latsis.

Jangkit Panau

Kata Nabi: Tiada jangkitan! Seorang bertanya: Kenapa haiwan yang bergaul dengan seekor yang berpanau boleh berpanau? Jawab Nabi: Siapa yang menjangkitkan yang pertama? - H.Abu Daud

Akshay Kumar Seksi

Akshay Kumar diiktiraf Lelaki Paling Seksi oleh Majalah People India dan menyifatkan pemilihannya itu merupakan penghargaan yang tidak disangka.

Bacalah Al-Quran

Bacalah Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi Syafaat (penyelamat dari neraka) kepada pembacanya - H.Muslim

Hak Sesama Muslim

Hak sesama muslim 6 perkara: memberi salam, memenuhi undangan, memberi nasihat, mendoakan orang bersin, ziarah orang sakit & mengiringi jenazah - H.Baihaqi

Mula Salam

Rasulullah ditanya: 2 orang bertemu mana satu yang patut memberi salam. Jawab Rasulullah: Yang memulakan salam itu lebih baik di sisi Allah - H.Tirmizi.

Syarikat Mila

Syarikat Mila mula beroperasi tahun 2007 di bawah MJ Warisan Niaga yang menjalankan perniagaan produk kosmetik berasaskan herba secara komersial.

Solat & Taqwa & Iktibar

Orang mukmin itu, segera solat bila sampai masa, solatnya khusyuk, kata-katanya penawar, sabarnya taqwa, diamnya berfikir & pandangannya iktibar - Hasan Basri

Will Smith & Barack Obama

Will Smith menangis saat melihat Barack Obama terpilih menjadi presiden Amerika Syarikat sewaktu mempromosikan filem terakhirnya 'Seven Pounds'.

Fauziah Latif

Fauziah Latif memilih barang berjenama atas faktor-faktor tertentu dan kelihatan cantik serta bergantung kepada situasi yang memberi keselesaan.

Solat & Keji dan Mungkar

Sesiapa yang solat tetapi solatnya tidak dapat menjauhkan dia daripada perbuatan keji dan mungkar, maka solatnya hanya menjauhkan dia dari Allah - (H.Baihaqi)

J.Lo

Pelakon popular Hollywood, J.Lo membuat kenyataan mengatakan rumahtangga yang dibina bersama suami, Marc Anthony hampir menemui jalan penghujung.

Berbuat baik

Patutkah kamu menyuruh orang berbuat baik sedangkan kamu sendiri lupa membuatnya (kewajiban itu)? Sedangkan kamu tahu kandungannya di dalam Kitab! - (Surah Al-Baqarah:44)

Priyanka Chopra

Priyanka Chopra pernah merangkul mahkota Miss World tahun 2000 dan kemenangannya telah membuka ruang untuk terus menempah nama di dunia glamor.

Berjihad

Orang-orang yang berjihad (pada jalan Allah) itu sebenarnya mereka berjihad untuk (kebaikan) diri mereka sendiri (di dunia dan di akhirat) - (Surah Al-Ankabut:6)

Taqwa & Nafsu

Kebahagiaan akhirat hanya dicapai dengan taqwa, menjauhi kehendak nafsu dan keinginan dunia lantas mendekati akhirat dan menyerah diri kepada Allah - Imam Ghazali.

Sabar Dan Solat

Pohonlah pertolongan Allah dengan cara bersabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang tunduk (khusyuk) - (S.Baqarah:45)

Zamarul dan Kereta

Zamarul menjelaskan dia memilih perniagaan kereta kerana minat di bidang itu. Sejak zaman sebelum berlakon lagi dia adalah seorang gila kereta.

Dosa Dan Neraka

Orang-orang yang melakukan dosa dan dosa itu telah meliputi (sebati) dengannya, mereka itu adalah penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya - (S.Baqarah:81)

Luz Elena Gonzalez

Aktres terkenal Mexico, Luz Elena Gonzalez mengambil keputusan untuk menamatkan spekulasi tentang hubungan dengan lelaki yang amat dicintainya.

Sedekah dan Pahala

Orang-orang yang bersedekah, malam dan siang, sembunyi atau diketahui orang, bagi mereka pahala, mereka tidak khuatir atau bersedih (dengan harta itu) - (S.Baqorah:273)

Wednesday, January 21, 2009

Derma Will Smith

Will Smith telah menderma $250,000 pada Yesha Ministries of Philadelphia, $250,000 kepada badan kebajikan kristian dan $200,000 kepada Living Waters.

Kanak-kanak & Orang Tua

Tidaklah digolongkan dalam orang muslim itu mereka yang tidak mengasihi kanak-kanak & tidak menghormati orang tua - H.Bukhari

Salam

Apabila bertemu 2 orang muslim lalu bersalaman keduanya maka diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah - H.Abu Daud

Sunday, January 18, 2009

My Name Is Khan

Kajol mengurangkan aktiviti lakonan demi anaknya Nysa. Namun, dia mengumumkan untuk kembali berlakon bersama Shahrukh Khan dalam My Name Is Khan.

Taubat Dan Nyawa

Sesungguhnya Allah Azzawajalla menerima taubat seorang hamba selagi mana roh (nyawa)nya belum sampai ke kerongkong - H.Muslim

Rezeki Pagi

Berusahalah di awal pagi mencari rezeki & keperluanmu, sesunggguhnya pada pagi hari terdapat berkat & keuntungan - H.Thabrani

Tutup Hati

(Orang2 kafir itu) Allah telah tutup hati mereka (dari hidayat) dan pada penglihatan dan pendengaran mereka juga ada penutup (dari kebenaran) - Baqoroh:7

Hujan Emas

Tanpa penggambaran Hujan Emas, Noorkhiriah mungkin tidak berpeluang ke India, Vietnam, Macau, Hong Kong dan Kemboja kerana kosnya terlalu mahal.

Peniaga Jujur

Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama para nabi, siddiqin dan para syuhada pada hari Kiamat - H.Tirmizi

Wednesday, January 14, 2009

Pertolongan Akhirat

Hendaklah dikalangan kamu punyai lidah yang terus berzikir, hati yang bersyukur & isteri solehah yang dapat memberi pertolongan dalam urusan akhirat - H.Tirmizi

Mengata celaka

Sesiapa yang mengatakan celaka kepada manusia (sebab kelemahannya) maka sebenarnya dialah yang paling celaka daripada mereka itu - H.Ahmad

Tertekan & Lakonan

Johnny Depp membuat pengakuan dirinya memang mengambil minuman keras bila tertekan dengan populariti dan sanjungan melangit tentang lakonannya.

Tuesday, January 13, 2009

Kelantan Vs PDRM

Kelantan berjaya membenam PDRM malam semalam di stadium keramat 'The Red Warriors' walaupun ketinggalan 0-2 pada awal perlawanan. Kelantan berjaya mengatasi PDRM dengan jaringan berterusan sehingga minit masa terakhir. Kelantan menang 4-2. Tahniah.

Takuya Kimura

Takuya Kimura bukan sahaja menjadi kegilaan malah ada segelintir peminat-peminat yang sanggup meminjam pangkal namanya untuk dijadikan nickname.