Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Sunday, November 1, 2009

Tanda Sejahtera

Tanda sejahtera itu adalah tidak rakus dunia, semangat kepada ibadah, kurang bicara, jaga solat, bersahabat dengan solihin, menjauhkan yang haram, pemurah, insani, berguna dan sering ingat pada mati.

Pemurah Sentiasa

Berilah kepada yang meminta dan jangan ditanya apa tujuan permintaannya, sesungguhnya orang yang pemurah itu adalah yang hampir dengan syurga, juga sebaliknya.

Jangan Malu Meminta

Jangan merasa malu untuk meminta kepada Allah sentiasa kerana kita adalah hamba yang lemah serta banyak kekurangan dan kelemahan.

Wednesday, October 28, 2009

Insan

Yakini kamu dengan hatimu, kerjakan ibadat pada waktunya, basahkan lidah dengan zikrullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan, itulah titik mula sebagai insan.

Tuesday, October 27, 2009

Menghitung Hari Pengadilan

Jika hari ini hari terakhir bagi 2009, pernahkah kita menghitung amal kebaikan & keburukan kita? Andai ajal menziarahi kita esok hari, sudahkah kita bersedia?

Marah, Kaldai, Syaitan.

Siapa yang tidak marah pada masa sepatutnya dia marah itu kaldai & siapa yang tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika dia mampu untuk itu, dia adalah syaitan.

Saturday, August 29, 2009

Jauhkan Penyakit seperti H1N1

Sila baca 'salamun kaulan min rabbir rahim' ayat dari surah Yassin, sebanyak 26 kali atau setiap masa untuk dijauhkan penyakit, TQ.