Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Tuesday, October 27, 2009
Iman dan Marah
Salah satu contoh orang yang kuat imannya adalah ia dapat menahan marah dan cepat pula menghilangkan kemarahannya serta mudah memaafkan orang lain.
Hakikat & Syariat
Hakikat pada sesuatu perkara syariat itu adalah dengan bukti dan sebab. Itu menandakan kualiti iman seseorang pada syariat dan hakikatnya.
Golongan Yang Dibenci Allah S.W.T.
Di antara golongan orang yang dibenci Allah ialah orang yang sudah tua tetapi masih sibuk berzina, orang miskin yang sombong dan hartawan yang zalim.
Orang Busuk Hati
Orang yang busuk hatinya adalah orang yang sering memandang kelemahan & berprasangka buruk terhadap teman/sahabatnya tanpa berbuat usaha keinsanan bagi tujuan keimanan.
Kesalahan & Kemungkaran
Sesuatu kesalahan & kemungkaran yang dizahirkan kepada kita adalah menceritakan tentang kita yang mempunyai masalah yang sama tetapi berlainan keimanan.
Fahrin Dalam Sehati Berdansa
Walaupun hubungan Fahrin Ahmad dan Scha Al-Yahya kini telah berakhir, mereka tetap digandingkan dalam musim terbaru Sehati Berdansa.
Kurma Elak Lapar
Kata orang-orang alim, barang siapa mengamalkan memakan buah tamar/kurma setiap hari walaupun sebiji, nescaya dia tidak akan berasa lapar.
Ulamak Takutkan Allah S.W.T.
Kata orang arifbillah, di antara sifat pada seorang ulamak, dia amat takut kepada Allah S.W.T., walaupun nyawanya jadi taruhan.
Al-Quran Panduan Hidup
Al-Quran itu merupakan manual dan panduan kehidupan. Mengamalkannya dengan betul, akan mendapat rahmat dan jalan yang benar lagi lurus.
Kefahaman Al-Quran
Kefahaman Al-Quran datang dari jiwa yang tulus dan hati yang ikhlas. Syukur merupakan jambatan ilmu dan redha adalah anugerah bagi ketenangan.
Istiqhlas
Istiqhlas ialah sesuatu kebajikan yang sering dibuat tanpa mengharap balasan makhluk, sebaliknya mengharapkan keredhaan Allah S.W.T sebagai tanda syukur.
Syukur, Kufur & Kafir
Sebahagian dari tanda syukur itu ialah jujur, taat, redha & ikhlas. Tanpa tanda-tanda tersebut, jelaslah ia kufur & kufur itu lebih hina dari kafir.
Sunday, October 11, 2009
Zikir, Tasbih, Solat dan Al-Quran
Zikir itu hubungan dengan Tuhan, Tasbih itu puji-pujian kepada Tuhan, Solat itu tanda syukur sebagai hamba Tuhan dan Al-Quran itu adalah pengamalan kehidupan yang diredhai Tuhan.
Bertemu Tuhan
Syarat untuk bertemu dengan Tuhan adalah dengan mati, samada mati dengan ajal ataupun mati sebelum ajal tapi tentunya tidak dengan mati akal.
Dakwah lelaki dan wanita
Dalil dakwah bagi wanita adalah dengan keindahan rumahtangga yang dijaga dengan amanah suaminya. Dalil dakwah bagi lelaki adalah keharmonian hidup tanpa maksiat dikelilingnya.
Miskin & Sabar
Bila kita diuji dengan kemiskinan, kita mampu untuk bersabar tetapi apabila kita diuji dengan kesenangan, kita mudah lupa diri dan alpa. Biarlah kita hidup dalam kesederhanaan.
Sebaik-baik Amalan
Sebaik-baik iman adalah amal, sebaik-baik amal adalah insan, sebaik-baik insan adalah yang pemurah, semurah-murah sedekah adalah senyuman, sebaik-baik senyuman adalah yang menenangkan jiwa. TQ.
Wednesday, October 7, 2009
Belanja Demi Allah
Kita sering berbelanja demi memuaskan hawa nafsu tetapi amat berkira berbelanja demi kesuburan iman sebagai tanda syukur untuk mendapat keredhaan Tuhan.
Kaya Demi Tuhan
Kaya harta benda itu adalah amanah Tuhan bagi pembangunan ummah dan kesejahteraan iman demi pengabdian diri kepada Tuhan.
Kurniaan Tuhan
Kurniaan Tuhan yang dinikmati terbahagi kepada 3 iaitu kepuasan nafsu, keindahan amal dan ketenangan kehidupan, maka perlu bijaksana dalam menerima anugerahNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



