Sunday, February 22, 2009

Kelate vs PDRM (21 Feb 2009)

Kelantan makan besar lagi

Oleh Fazalah Pit, Wan Faizal Ismayatim, Basha Zainol Abidon, Hamid Salleh dan Azizan Hashim





PENYERANG Kelantan, Mohd Khalid Jamlus (tengah) membuat percubaan ke arah pintu gol Polis dalam saingan di Stadium Sultan Mohd IV, Kota Bharu, malam tadi. Tuan rumah menang 5-1.
Juara bertahan, Hijau Kuning sekadar seri 1-1 lawan MyTeam KELANTAN menepati status selaku pasukan pilihan apabila membelasah Polis 5-1 manakala juara bertahan, Kedah sekadar seri 1-1 dengan UPB-MyTeam pada pada perlawanan pertama pusingan kedua Piala FA, malam tadi. Di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Polis lebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Mohd Fauzi Abdul Majlid yang merembat dari jarak dekat selepas menewaskan penjaga gol Kelantan, Halim Napi menerusi gerakan yang dimulakan Khairul Zal Azmi pada minit kesembilan. Namun kelebihan pelawat hanya bertahan selama dua minit apabila Khalid Jamlus yang melepasi perangkap ofsaid tenang melepaskan rembatan leret untuk gol penyamaan Kelantan.
Perlawanan kemudian berlangsung agak hambar dengan Kelantan seperti kehilangan punca dan mereka harus berterima kasih kepada Halim yang mempamerkan aksi tangkas menepis percubaan Khairul Zal yang hampir menerjah gawang Kelantan pada minit ke-43. Kelantan kemudian meningkatkan permainan pada babak kedua dan memastikan kemenangan menerusi empat gol disumbangkan Khalid (m-63), Norfarhan Mohamad (m-68), Indra Putra Mahayuddin (m-80) dan Ramzul Zahini (m-81). Di Stadium Darulaman, MyTeam terlebih dulu membuka jaringan menerusi V Saravanan (m-18) sebelum Badrol Bakhtiar menyamakan kedudukan pada minit ke-78.
Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang juga sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan dengan pelawat terlebih dulu membuka jaringan menerusi jaringan K Ravindran (M-61) sebelum M Prakash berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-71. Di Stadium Sultan Mizan, Terengganu menewaskan Harimau Muda 2-1 manakala pasukan senegeri, T-Team turut mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri apabila menewaskan Sarawak 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. PKNS gagal mengambil kesempatan beraksi di tempat sendiri apabila tewas 2-1 kepada Perlis manakala Perak turut gagal mencatat kemenangan di Stadium Perak apabila sekadar seri 1-1 dengan KM Naza.

No comments: