Tuesday, February 17, 2009

Kelantan vs Pahang (17 Feb 2009)

Amukan Kelantan benam Tok Gajah



PEMAIN Kelantan, Wan Zamani Wan Mustapha (tengah) berusaha melepaskan diri daripada kawalan dua pemain Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Kelantan menang besar 5-1.

Petikan Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Ketepi Selangor, kini giliran Kelantan menerajui Liga Super.
Pasukan pantai Timur itu menepati status selaku pasukan terbaik Liga Super apabila mengambil alih teraju liga dari Selangor selepas membelasah Pahang 5-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam.
Kejayaan Kelantan menjadi peneraju baru Liga Super dibantu kekalahan mengejut Selangor yang tersungkur di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam 0-1 kepada UPB MyTeam.
Kelantan ternyata terlalu handal buat Pahang apabila menjaringkan gol menerusi Khalid Jamlus (minit pertama, m-74), Zainol Fitri Ishak (minit kesembilan), Mohd. Badri Mohd. Radzi (m-61) dan Indra Putra Mahayuddin (m-62).
Pahang sekadar memperoleh gol sagu hati pada minit ke-25 hasil jaringan Hasmizan Kamaruddin.
Kelantan kini unggul di puncak liga dengan 18 mata selepas tujuh perlawanan.
Di Shah Alam, rentak cemerlang anak buah K. Devan tercalar apabila dikalahkan oleh pasukan di kelompok bawah liga, MyTeam hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-67.
Selangor yang jatuh di tangga kedua dengan 15 mata, terpaksa berkongsi mata dengan Perlis yang naik ke tangga ketiga selepas menang 2-1 di Stadium J-Corp, Pasir Gudang.
Skuad bimbingan Irfan Bakti itu meraih tiga mata bermula dengan jaringan menerusi sepakan penalti Ahmad Fakri Sarani di minit pertama, disusuli gol Mohd. Firdaus Faudzi enam minit kemudian sebelum Johor FC cuba bangkit menerusi gol Mohd. Syaifol Sabtu di minit 57, namun pelawat mempertahankan kedudukan sehingga perlawanan tamat.
Kejayaan Perlis melonjak di tangga ketiga dari tempat kelima dibantu keputusan seri tanpa jaringan perlawanan di antara Negeri Sembilan dan KL PLUS di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban.
Juara treble, Kedah turut memperbaiki kedudukan dari tangga kesembilan naik ke tempat ketujuh selepas menundukkan KM Naza 2-1 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Mohd. Khyril Muhymeen meletakkan Kedah di depan pada minit ketujuh, namun KM Naza bangkit mengikat kedudukan menerusi Victor Andrag pada minit ke-30.
Badrol Baktiar muncul wira apabila meledakkan gol kemenangan Kedah pada minit ke-51.
Pulau Pinang turut memperbaiki kedudukan dengan naik satu anak tangga selepas menundukkan Polis 3-1 di Stadium Negeri Batu Kawan.
Namun, pasukan pelawat memberi kejutan menerusi gol awal Khairulzal Azmi pada minit kelapan.
Mohd. Nor Azlan memulakan kebangkitan Pulau Pinang seawal minit ke-29, disusuli jaringan M. Prakash (m-90) dan Mohd. Rafiuddin Roddin.
Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah mencatat kekalahan keempat apabila tewas 0-1 kepada Terengganu menerusi jaringan Hariri Mohd. Safli pada minit ke-56.

No comments: