Saturday, December 20, 2008

Bola Kelate

Khairul janji jaringkan gol terbanyak untuk negeri
KOTA BHARU – Penyerang Kelantan, Khairul Zal Azmie Zainuddin berjanji akan menjaringkan seberapa banyak gol pada perlawanan akhir menentang Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV esok. Dia yang sudah menjaringkan enam gol setakat ini berazam bagi memastikan Kelantan tidak berputih mata lagi dan mencipta kejayaan gemilang esok. “Walaupun baru terlibat dalam kejuaraan Piala Emas Raja-Raja, namun saya akan menggunakan semua pengalaman ketika beraksi dengan pasukan Liga Perdana Kelantan, Sarawak, Polis dan menyertai skuad kebangsaan. “Ini masa terbaik untuk Kelantan menebus kekecewaan tahun lalu selepas terpaksa tunduk kepada Johor menerusi sepakan penalti,” katanya kepada Sinar Harian selepas sesi latihan di padang Kampus Kesihatan, Kubang Kerian kelmarin. Khairul Zal berkata, dia akan bergandingan dengan Mohd Nizad Ayub dan gandingan itu semakin mantap serta matang selain tidak mempunyai masalah terutama bermain di depan penyokong sendiri. “Rakan-rakan sepasukan sudah bersedia dan cukup bersemangat bagi memastikan hasrat ini tercapai selain menghadiahkan piala ini kepada peminat setia Kelantan. “Saya mahu sokongan padu penyokong sekali lagi bagi memberi semangat dan perangsang kepada pasukan, katanya.
Petikan Sinar Harian

No comments: