Wednesday, October 22, 2008

Imej UFO di Turki

LONDON - Seorang pengawal malam di Turki, Yalcin Yalman dilaporkan berjaya merakamkan imej kapal angkasa makhluk asing (UFO) yang paling penting pernah dirakamkan.

Gambar rakaman video itu diambil oleh Yalcin pada awal tahun ini di sekitar kawasan di Turki.

Lelaki berumur 42 tahun itu dan beberapa penduduk mendakwa UFO dilihat sejak Mei hingga September lalu dekat kawasan tersebut di Istanbul.

"Saya tidak tahu ia benda apa. Kami merakamkan gambarnya beberapa kali dan ia sesuatu yang asing bagi kami," kata Yalcin.


"Saya sangat gembira apabila melihatnya dan saya mahu seluruh dunia tahu bahawa UFO memang wujud," tambah beliau.

Rakaman selama hampir 2 setengah jam itu menunjukkan pelbagai objek seperti piring terbang dan objek seperti cahaya berlegar di angkasa pada waktu malam.

Rakaman itu diserahkan kepada Pusat Penyelidikan Angkasa Lepas Sirius UFO di Turki yang mewawancara beberapa saksi dan kemudian memeriksa setiap gambar dalam rakaman berkenaan.

Petikan Global@sinar (23-10-2008)

No comments: